Pages

Wednesday, 25 April 2018

Cara Menghilangkan Bengkak Di Kaki Tanpa Makan Ubat

Assalamualaikum wbt.

Bila umur dah bertambah, macam-macamlah penyakit muncul. Alangkan yang muda boleh sakit apatah lagi orang tua.

Hujung tahun lepas, kaki mak saya tiba-tiba sakit dan bengkak.

Tak pasti apa puncanya sebab mak tak nak ke klinik buat pemeriksaan. Daripada simptom-simptom tu kami cuma mengagak emak macam kena gout atau sakit sendi seperti athritis.

shaklee kuantan
kredit photo: tergemes.com

Beberapa tahun sebelum tu, mak pernah mengalami sakit sendi di mana cecair pelincir lutut dah berkurang hingga mak terjatuh dan tak boleh berjalan.

Syukurlah lepas mengamalkan suplemen yang doktor syorkan, mak kembali pulih.

Jadi, bila bengkak yang baru ni, kami mula risau. Takut juga ada kaitan dengan apa-apa penyakit kronik. (Gout ada kaitan dengan kerosakan buah pinggang).

Risau punya pasal, kami belikan emak Vivix. Emak memang pernah minum Vivix serta kalsium Ostematrix, tapi tak konsisten. Lagi pulak dah lama habis dan tak sempat ganti baru. hehh.

Saya juga ada tambah Garlic Complex juga untuk bantu kurangkan jangkitan (sebab tak tahu punca sakit).

Alhamdulillah, lepas 2 bulan, mak kata hilang dah sakit kaki. Cuma tangan je masih rasa sakit dan bengkak sikit lagi.

Kali ini saya tambah pula Omega Guard. Omega Guard ni bagus untuk saraf dan sendi, bantu kurangkan radang dan bengkak juga.

Mudah-mudahan hilang terus sakit tangan emak tu insyaAllah.


Inilah dia minuman botani Vivix yang mesti ada di setiap rumah. 

Vivix adalah suplemen polifenol tumbuhan yang berkuasa dan pantas bertindak ke atas sel badan kita. 

Vivix ni bukan ubat dan ia tidak menggantikan fungsi ubat. Jika kita sakit dan doktor bekalkan kita ubat, kita tetap kena makan ubat tu sampai habis mengikut aturan yang di tetapkan. 

Vivix bertindak memperbaiki kerosakan sel badan kita, mencegah penyakit daripada jadi lebih teruk, dan mengurangkan simptom penyakit.

Vivix ada kajian klinikal dan terbukti selamat di ambil untuk jangka panjang. 


Paling seronok bila minum Vivix ni, kita akan rasa efek yang sangat best terhadap kesihatan kita. Percaya tak ia juga adalah suplemen anti-penuaan! Ya, anda boleh awet muda jika amalkan Vivix secara berterusan.

Sebab tu Vivix tetap di gemari ramai.

Sekiranya berminat mendapatkan Vivix, harganya RM475 sebotol. Beli 2 botol anda layak mendapat:
  • harga ahli
  • keahlian percuma
  • penghantaran percuma
  • cashback bonus RM38 ke dalam akaun anda
Pertanyaan lanjut, atau nak buat belian, hubungi saya:





ID Shaklee: 868994

Saturday, 14 April 2018

Kenapa Kaki Bengkak Dan Ini Yang Anda Mesti Buat

Bengkak pada kaki kerap kali berlaku pada kita semua.

Saya sendiri pernah mengalaminya. Itupun semasa saya duduk lama dalam bas. Semalaman berada di dalam bas, pagi esoknya kaki akan kembang dan bengkak macam belon ditiup angin.


Menurut Dr. Zubaidi, antara punca bengkak pada bahagian kaki ialah kerana:

  • kita berdiri terlalu lama
  • kita duduk terlalu lama dalam kenderaan atau kapal terbang
  • kita mempunyai berat badan yang berlebihan
  • kehamilan
  • apabila kaki kita cedera
Jika kita tidak mempunyai sebarang penyakit, bengkak seperti ini adalah biasa dan akan mudah hilang dalam beberapa hari.

Bagaimana pula bengkak yang sudah berminggu-minggu tak hilang, atau bengkak yang diikuti rasa sakit mencucuk-cucuk. 

Jika bengkak tersebut tidak langsung berkurang atau mungkin bertambah, segeralah berjumpa doktor kerana ada kemungkinan ia petanda kepada penyakit yang lebih serius seperti kencing manis, masalah buah pinggang atau hati.

Sesetengah bengkak juga boleh disebabkan oleh ubat yang diberi oleh doktor. Bawalah ubat-ubatan tersebut bersama.

Jika bengkak kaki diikuti rasa sakit pula, berkemungkinan kita ada masalah gout, athtritis (radang sendi) atau juga mengalami jangkitan. 

Berjumpalah dengan doktor segera ye!

Apa perlu dilakukan untuk membantu mengurangkan bengkak kaki?

1. Lakukan urutan

Urut perlahan-lahan supaya pengaliran darah berjalan lancar.

2. Tinggikan kaki

Terutama jika kita terlalu banyak berdiri atau duduk. Baringlah dengan meninggikan sedikit bahagian kaki.

3. Turunkanlah berat badan

Walaupun ia agak sukar dan mengambil masa yang lama, penurunan berat badan secara perlahan-lahan dapat membantu mengurangkan dan mencegah masalah bengkak kaki.

4. Kurangkan pengambilan garam

Terutama dalam makanan segera dan makanan terproses.

5. Pakai stokin yang sesuai

Stokin untuk masalah bengkak kaki boleh di dapati di farmasi. 

Jika masalah bengkak kaki tidak dapat di kawal, rasa semakin tak selesa, berlarutan lama atau ada sakit-sakit, jangan bertangguh berjumpa doktor kerana dikhuatiri ada masalah berkaitan jantung, tekanan darah, buah pinggang dan hati.

Berhati-hatilah.

Omega Guard dan Ostematrix untuk bengkak kaki

 
 Omega Guard adalah minyak ikan tulen berOmega 3yang berfungsi untuk:

>> mengurangkan keradangan sendi
>> mengembalikan cecair rawan
>> mengurangkan bengkak kerana ia bersifat anti-inflamatori
>> mencegah retensi air (water retention) yang menyebabkan edema
>> bagus untuk saraf
Harga: RM136


Ostematrix adalah sumber kalsium, magnesium, dan vitamin D yang membantu:

>> pengecutan dan pengembangan salur darah sihat
>> mengurangkan rasa sakit dan bengkak
>> mengurangkan rasa kebas dan kejang
>> membantu sistem saraf
>> menstabilkan denyutan jantung
>> mineral lain meperbaiki enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mencegah athritis
Harga: RM61

Sebelum mengambil apa-apa suplemen, dapatkanlah nasihat doktor terlebih dahulu.

Maklumat lanjut mengenai suplemen untuk bengkak kaki, hubungi:




ID Shaklee: 868994



Friday, 13 April 2018

Cara Menghilangkan Lubang Bekas Jerawat Di Muka. Lubang Bertahun-tahun Hilang Dalam Dua Minggu

Jerawat dan suku sakatnya memang boleh menyebabkan kita stress. Tak kiralah jerawat tu disebabkan hormon, pemakanan, produk atau sebagainya.

Paling teruk bila muka breakout dengan jerawat yang amat banyak, besar, bernanah lalu meninggalkan bekas berupa lubang bahkan ada yang memanggilnya kawah jerawat.

Stress wei! Nak hilang tu bukan senang. Sampai bertahun sampai kau redho jelah dah muka macam ni.

shaklee kuantan

Ada kawan saya yang muka dah la sensitif, kena pakai produk yang mahal giler, tapi still tak berkesan mengurangkan bekas jerawat tu. Macam takde harapan lagi dah. Sedih kan.

Sehinggalah bertemu dengan produk penjagaan wajah terbaru yang 100% semulajadi dan berasaskan tumbuhan; Youth Skincare keluaran Shaklee.

Info lengkap mengenai Youth boleh baca di link ini >> Youth Skincare Keistimewaan

Youth Is Hope!


Serius, sejak bertemu dengan Youth, ramai dah yang menarik nafas lega. Syukur sangat sebab akhirnya dalam dunia ni wujud produk skincare yang

  • berkualiti tinggi
  • semulajadi
  • selamat 
  • beyond organic
  • terbukti secara klinikal
  • dijamin berkesan
  • tapi murah!
Mana lagi nak dapat?

Ok, sabar dulu. 

Jom kita tengok beberapa testimoni sebenar daripada pengguna Youth Skincare yang sebelum ni ada masalah lubang jerawat yang agak besar.

Testimoni Youth #1
testimoni youth shaklee
Ibu hamil yang turut mengamalkan vitamin dalam set mengandung Shaklee

Testimoni Youth #2
testimoni youth shaklee
Siapa kata orang lelaki tak kisah dengan kulit muka?

Testimoni Youth #3
testimoni youth shaklee
Dua minggu dah ada perubahan. Apa lagi dua tahun.

Testimoni Youth #4
testimoni youth shaklee
Percaya tak dua minggu je? Dua mingguuu

Semua dah pakat jatuh cinta dengan Youth Skincare ni. 

Siapa sangka, dulu muka macam takde harapan je nak kembali licin, sekarang dah rasa semangat balik.

First impression orang tengok muka dulu kan. Jangan tak percaya ramai orang rasa rendah diri dengan kulit wajah.

Dah, dah! Jom hapuskan rasa rendah diri itu. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana Youth Skincare boleh buat sampai jadi macam ni?

1. Sebab dalam skincare Youth ni ada nutrisi. Sel kulit kita sangat perlukan nutrisi untuk sihat, tapi selalunya tak cukup walaupun kita makan vitamin. 

Jadi, kita supple pula dari bahagian luar kulit. 

Guna pula bahan-bahan premium seperti anggur muscadine, epal Swiss, vitamin C tulen, vitamin E, Schisandra, Lotus Japonicus dan macam-macam lagi tumbuhan premium. 

2. Set lengkap membekalkan semula kolagen yang hilang dari kulit.

Tu lekuk-lekuk, lubang-lubang tu sebab kita tak cukup kolagen. Kolagen pula asyik menyusut dari badan, tu yang payah benar kulit nak elok.

Kalau ada masalah kulit berlubang ni, pastikan korang makan:
  • vitamin C Shaklee
  • Collagen Powder Shaklee
  • pakai Youth Skincare (jangan makan sudah)
3. Menghidrat semula kulit kita

Selain kita sendiri kena tingkatkan pengambilan air, set Youth ni juga akan bantu kekalkan cecair terutama di bahagian kulit.

So kulit akan lebih 'plump', gebu, dan lubang-lubang tu akan semakin rata kembali. Pori wajah pun akan turut mengecil taw.

4. Sel kulit kita akan mengalami pembaharuan atau bahasa omputihnya, renewal.

Terutama bila kita pakai Night Cream. Saya suka sangat night cream ni. Dalam Youth ni dilengkapi dengan teknologi Vital Repair Complex yang telah dipaten.

Vital Repair Complex ni membantu membekalkan nutrien, antioksidan dan vitamin yang akan block kerosakan kulit kita oleh radikal bebas yang jahat tu. Tahu kan radikal bebas ni bahaya jika berlebihan?

Dengan ada Vital Repair ni, dia menggalakkan lagi pertumbuhan sel kulit yang sihat dan cantik. 

Seronok tak?? Seronok kannn..

Nak dapat kulit yang cantik sihat, perlu juga patuhi hukum alam. Hihi.. Mesti wajib:
  • minum air yang banyak
  • takmo stress
  • jangan berjemur lama-lama bawah cahaya matahari
  • makan vitamin! Saya syorkan korang makan Set Radiant 4 + CoQ Trol ni.
 +

Set Radiant 4 + CoQ Trol pula ada:

1. ESP - Sumber protein untuk bina sel kulit sihat

2. Collagen Powder - bekalkan sumber kolagen untuk tegangkan semula kulit muka

3. Vitamin C - sumber antioksidan dan meneutralkan radikal bebas dalam badan

4. GLA Complex - mempertingkatkan kelembapan kulit

5. Coq Trol - memberi tenaga kepada sel untuk berfungsi dengan lebih pantas

Set Radiant 4 berharga RM649, CoQ Trol berharga RM148.

Anda kini boleh miliki wajah yang lebih sihat, cantik, berseri tanpa perlu ragu-ragu akan keselamatan dan keberkesanan produk. 

Shaklee ada kesemuanya!

Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai set ini, hubungi saya:





ID Shaklee: 868994

Thursday, 12 April 2018

8 Khasiat Air Kelapa Kepada Kesihatan. Rupa-rupanya...

Tak sangka begitu banyak khasiat air kelapa yang saya sangat suka minum sejak kecil lagi ni.

Dulu di kampung, rumah di kelilingi dengan pokok-pokok kelapa. Boleh katakan setiap hari arwah wan dan aki membelah kelapa. Saya sangat suka minum airnya, dan makan kelapa punya 'tombong' (tak pasti tempat lain panggil apa).

Dulu minum sekadar minum je. Ye lah, rasanya sedap kan. Apatah lagi air kelapa muda. Puas rasanya dapat korek isi kelapa daripada tempurungnya tu.


Semasa mengandungkan anak pertama, saya gilakan air kelapa. Tiap-tiap minggu akan beli air kelapa di pasar malam. Air lain dah tak pandang masa tu.

Baru-baru sekarang ni kita tahu kebaikan minum air kelapa.

Saya kongsi dengan anda semua, apakah manfaat ai kelapa untuk kesihatan berdasarkan sains.

1. Kaya dengan sumber nutrisi

Air kelapa terkandung di bahagian tengah2 dalam sebiji kelapa, terhasil secara semulajadi dengan komponen 94% air dan sedikit lemak.

Secara purata, kelapa muda menghasilkan 0.5 hingga 1 cawan air.

Satu cawan air ini mengandungi lebih kurang:

  • 46 kalori
  • karbohidrat 9 gram
  • fiber 3 gram
  • protein 2 gram
  • vitamin C 10% daripada RDI (reccomended daily intake)
  • magnesium 15% RDI
  • mangan 17% RDI
  • potassium 17% RDI
  • sodium 11% RDI
  • kalsium 6% RDI
2. Mengandungi antioksidan

Kajian yang di jalan keatas tikus mendapati kesan antioksidan dalam air kelapa dapat memperbaiki tekanan oksidatif, menurunkan aktiviti radikal bebas, tekanan darah, trigliserida dan paras insulin. 

Oleh itu, air kelapa dikatakan dapat melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas berlebihan dalam badan.

3. Manfaat melawan diabetes

Kajian ke atas haiwan menunjukkan air kelapa dapat memperbaiki paras gula darah. Ia juga mengandungi magnesium yang dapat meningkatkan sensitiviti insulin dan mengurangkan paras gula darah.

4. Mencegah batu karang

Minum banyak air bagus untuk mencegah batu karang. Apa lagi kalau air kelapa. Karang ginjal berlaku apabila kalsium, oksalat, dan beberapa bahan lagi berkumpul membentuk kristal dalam urin.

Kristal ini kemudian menjadi batu. 

Kajian awal pada haiwan menunjukkan air kelapa mampu mencegah pembentukan kristal dan batu pada ginjal dan menurunkan risiko batu karang.

5. Menyokong kesihatan jantung

Minum air kelapa dapat menurunkan risiko penyakit jantung.

Kajian menunjukkan minum air kelapa dapat menurunkan kolesterol dan lemak trigliserida, dengan itu menurunkan risiko serangan jantung. 

6. Menurunkan tekanan darah

Satu kajian pada sekumpulan manusia yang ada darah tinggi menunjukkan 71% daripada mereka yang minum air kelapa mengalami tekanan sistolik yang lebih baik. 

Air kelapa juga dapat mencegah pembekuan darah dalam salur darah, dengan itu tekanan darah jadi lebih baik.

7. Bagus diminum selepas latihan atau senaman berat

Air kelapa berupaya mengembalikan bendalir badan dan mencegah dehidrasi. Ia turut menggantikan semula elektrolit yang banyak hilang semasa bersenam.

Lebih bagus di ambil kerana ia tidak mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti minuman elektrolit yang lain.

8. Menurunkan berat badan

Air kelapa rendah kalori, tak buat perut meragam. Ia turut mengandungi komponen enzim bioaktif yang membantu penghadaman dan menggalakkan metabolisme lemak. 

Minumlah air kelapa 3-4 kali seminggu (8 aun setiap kali).


Tak rugi rupanya menjadi peminat air kelapa sejak sekian lama.

Saya suka yang fresh, daripada buahnya. Tapi kalau takde sangat, yang kat pasar malam pun boleh.

Lebih baik minum yang fresh, sebab ia takde gula. Gula punca penyakit. Elok-elok nak sihat, makin sakit pula jadinya.

Pada yang tak suka air kelapa tu, berjinak-jinak la hari ni!


8 Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Kita dah tahu tanda-tanda dan bahayanya tekanan darah tinggi ni.

Baca entry >> 10 Tanda Kita Ada Tekanan Darah Tinggi.

Sekarang kita pun risau dengan tekanan darah yang asyik tinggi dan hanya terkawal jika kita makan ubat.

shaklee kuantan

Di bawah ini ada petua semulajadi yang boleh kita amalkan untuk mengawal tekanan darah seterusnya menurunkan tekanan darah tinggi.

1. Turunkan berat badan

Jika kita ada berat badan berlebihan, obes, usahalah sungguh-sungguh untuk turunkan berat badan ke berat yang lebih ideal.

Lemak berlebihan boleh menyempitkan salur darah, dengan itu jantung terpaksa mengepam darah dengan kuat lalu menyebabkan tekanan darah selalu tinggi.

2. Banyakkan makan ikan

Ikan yang bagus ialah ikan yang ada Omega 3 macam ikan salmon. Jika tidak pun, makan apa-apa ikan lebih baik dari makan daging merah.

Hadkan pengambilan daging sebulan sekali.

3. Makan bawang putih

Ramai orang tak berapa gemar bawang putih sebab baunya. Tapi percaya tak bawang putih dapat menurunkan tekanan darah tinggi serta kolesterol.

Ini kerana bawang putih mengandungi bahan yang dapat melegakan salur darah.

Ketuk bawang putih, makan mentah dengan nasi atau makan begitu saja. Boleh juga di bakar untuk rasa yang lebih sedap.

Selain itu, anda boleh dapatkan khasiat bawang putih dalam suplemen.

4. Minum banyak air kosong

Air kosong yang banyak dapat melancarkan peredaran darah. Namun begitu, jika anda menghidapi penyakit buah pinggang, dapatkan nasihat daripada doktor tentang kuantiti air yang boleh diminum.

Semasa sihat ni, cukupkan pengambilan air 1 liter setiap 25kg berat badan.

5. Jus daun saderi (seleri)

Daun saderi mengandungi phytokimia tumbuhan yang dapat meregangkan salur darah, dengan itu melancarkan peredaran darah.

Makan daun ni sebagai ulam, masukkan dalam masakan atau jadikan jus.

6. Air kelapa


Air kelapa sangat bagus untuk mengekalkan bendalir tubuh.

Kajian dalam Jurnal Perubatan India, 2005 mengatakan kandungan pottasium, magnesium, vitamin C dalam air kelapa dapat tekanan darah sistolik.

Amalkan air kelapa beberapa kali dalam seminggu.

7. Banyakkan makan sayur dan buah

Sayur dan buah selain kaya vitamin dan mineral, ia juga kaya serat yang dapat menyingkirkan lemak dan kolesterol dalam salur darah, dengan itu dapat mengawal tekanan darah.

Anda boleh makan pada bila-bila masa pada waktu makan utama atau dijadikan snek (kudapan) yang lebih sihat.

Selain makan, minumlah buah dan sayur ini sebagai jus berserta seratnya.

Sayur dan buah yang bagus antaranya epal, strawberi, salad,  sayur berdaun hijau seperti bayam, timun, blueberi, limau dan sebagainya.

8. Pisang 

Pisang kaya pottasium dan mudah pula untuk di makan. Boleh juga jadikan smoothies atau makan bersama oat.

Mudah saqja untuk dapat tekanan darah yang sihat jika kita tahu dan amalkan caranya.

Paling penting ialah:

>> Masak sendiri di rumah, kita boleh kawal bahan-bahan perasa yang digunakan

>> Kurangkan garam berlebihan

>> Berhenti merokok

>> Elakkan makan makanan terproses seperti kentang, burger, nugget, makan dalam tin, sos, makanan segera, makanan rapu, makanan bergoreng, berlemak, berminyak dan sebagainya.

>> Bersenam setiap hari. Jangan duduk atau tidur saja. Bila kita aktif, lemak dan kalori mudah terbakar, dengan itu salur darah lebih sihat.

>> Cukupkan nutrisi yang badan kita perlukan seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral melalui pemakanan dan suplemen yang betul.

Semoga anda berjaya turunkan tekanan darah tinggi seterusnya mengurangkan risiko komplikasi penyakit yang lebih serius.

Berminat mendapatkan produk Shaklee yang bagus untuk mengawal tekanan darah, hubungi saya:



ID: 868994

Tuesday, 10 April 2018

10 Tanda Kita Ada Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah manusia berubah-ubah dan tidak akan sama sepanjang masa mengikut keperluan badan kita.

Contohnya masa kita sedang panik, tekanan darah akan naik tinggi. Pun begitu, ia tidaklah bahaya kerana badan kita dilengkapi dengan sistem yang dapat menurunkan semula tekanan darah.

Tekanan darah dikatakan tinggi apabila bacaannya memang tinggi selepas beberapa kali diperiksa.

Kenapa kita perlu tahu tentang tekanan darah?

Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom. Satu cara untuk tahu sama ada kita ni ada darah tinggi atau tak adalah dengan memeriksa tekanan darah secara berkala.

Namun begitu, seseorang berisiko mendapat tekanan darah tinggi apabila:

1. Usia semakin meningkat

2. Keturunan

3. Gemuk

4. Gaya hidup tak aktif

5. Stress

6. Merokok

7. Mengambil garam berlebihan

8. Mengambil minuman keras

10 Tanda Tekanan Darah Tinggi

Walaupun tekanan darah tinggi tidak menunjukkan sebarang tanda, berhati-hatilah dengan simptom berikut kerana ia mungkin menjadi petunjuk awal kita perlu mendapatkan pemerhatian doktor kerana selalunya gejala akan muncul apabila ia sudah terlalu tinggi.

1. Kerap sakit kepala

2. Keletihan dan keliru

3. Masalah penglihatan

4. Sakit dada

5. Kesukaran bernafas

6. Degupan jantung tidak normal

7. Kencing berdarah

8. Sakit pada dada, leher dan telinga

9. Hidung berdarah

10. Loya dan muntah

Ketahuilah bahawa darah tinggi sangat bahaya. Ia boleh menyebabkan komplikasi lebih teruk seperti:

  • strok
  • buta
  • serangan jantung
  • kegagalan jantung
  • kerosakan buah pinggang
Tekanan darah tinggi adalah pembunuh senyap dan ia boleh membawa maut.

Jika rasa ada yang tak kena dengan diri kita ni, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan. 

Cara Solat Sunat Taubat Yang Mudah Di Lakukan

Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa hatta dari sekecil-kecil dosa yang kita anggap remeh contohnya mengata keburukan orang dalam hati sehinggalah dosa besar seperti berzina, membunuh, dan sebagainya.

Nabi Muhammad yang terpelihara daripada dosa turut bertaubat, apatah lagi kita yang setiap hari ada melakukan maksiat kepada Allah dan kejahatan kepada manusia lainnya.

Dengan bertaubat, mudah-mudahan Allah menghapuskan dosa-dosa kita, mempermudahkan urusan hidup kita di dunia, melimpahkan rezeki, memberi kebahagiaan dan paling utama, supaya Allah meringankan hitungan amal kita di akhirat nanti.


Solat taubat sangat mudah di lakukan, dan kita boleh melakukannya pada bila-bila masa. Di galakkan melakukan pada malam hari, sewaktu 1/3 akhir malam iaitu pada waktu kita sedang bersunyi-sunyi dengan Allah.

Cara Solat Sunat Taubat

1. Niat

2. Rakaat pertama:

Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun (atau apa-apa surah yang di hafal)

3. Rakaat kedua:

Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas (atau apa-apa surah yang di hafal)

4. Pada sujud terakhir sebelum duduk tahiyat akhir:

Baca doa Nabi Yunus dalam perut ikan nun (40kali)


"Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau (Ya Allah), sesungguhnya aku termasuk dalam orang-orang yang zalim"

5. Sesudah itu banyakkanlah beristighfar (100 kali)

6. Selepas solat, berdoalah kepada Allah dengan bahasa yang kita fahami

Doalah dengan khusyuk, sepenuh hati hingga kita betul-betul rasa menyesal dan menangis terhadap dosa kita.

Selepas bertaubat hendaklah kita menyesal dan berazam untuk tidak lagi melakukan dosa yang kita telah buat.

Perbanyakkanlah amal-amal kebaikan, berzikir dan sebagainya.

Allah tidak melihat di mana kita bermula tetapi di mana kita berakhir.

Semoga kita semua mendapat pengakhiran yang baik, husnul khotimah, InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...