Pages

Wednesday, 4 October 2017

My Breastfeeding Journey: Di Tegur Aunty Cina

Di sebuah kedai Mr.DIY (Salah sebuah kedai yang kau masuk dengan niat nak beli satu barang je, tapi akhirnya keluar dengan 5,6,7 atau 10 barang. Atau mungkin lebih)

Mama dengan Ammar sedang khusyuk memilih kertas pembalut hadiah untuk projek deko ruang membaca. Maklumlah mama kan baru join kelab deko-deko.

Sementara abah pula beratur di kaunter bayaran sambil menolak stroller yang berisi seorang bayi.

Tiba-tiba...

"Huyyo manyak besar. Umur berapa bulan? Minum susu apa? Lahir berapa berat?"

Terdengar seorang aunty Cina menegur abah. Soalan demi soalan beliau tanya laksana wartawan majalah pa&ma pula lagaknya.

Beberapa minit kemudian, setelah tak puas hati dengan warna kertas pembalut, mama pun bangun menuju ke arah abah dan aunty Cina itu.


Lagipun, bayi yang dalam stroller dah mula bunyi-bunyi. Sebelum dia menjerit dan buatkan satu kedai terperanjat, baik mama selamatkan keadaan.

"Ui, you mak dia ke? Mak kecil saja tapi anak besar ho?". Mama sengih saja seperti biasa.

Setelah hai hai bai bai dengan aunty Cina itu, mama pun keluar membawa ahli rombongan.

Hihi.. memang begitulah keadaannya bila kemana-mana. Ada saja yang tegur kenapa mama kurus tapi anak debab.

Pelik nau nau bagaimana ibu yang kurus, kecil (dan comel) ini boleh susukan bayi sampai jadi sedebab ini.

Takde apa yang pelik pun. Setiap ibu dan bayi yang sihat, normal, takde penyakit , pasti boleh menyusukan dengan susu ibu.

Ibu yang kata susu dia kurang tu maybe ada lah tersalah dimana-mana. Mungkin tekniknya salah, kurang ransangan, lekapan salah dan sebagainya lagi.

Kalau tanya saya, ya suplemen sangat-sangat membantu.

Takde siapa kata menyusukan bayi tu senang. Ada masa terasa juga susu kurang. Lalu cepat-cepat saya makan nasi atau makan roti atau bancuh ESP Shaklee.

Sebenarnya ini salah satu sebab saya buat keputusan jadi surirumah. Saya tak reti nak pam-pam. Saya malas nak angkut-angkut beg mengepam kesana-kemari.

Khamis ni, si dia menginjak usia 6 bulan. Perjuangan mama ada lagi setahun setengah.

Marilah kita mengharungi bersama-sama. Yeahhh💪💪

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...