Pages

Sunday, 8 October 2017

Kematian Mengejut Akibat Serangan Jantung - Cardiac Arrest

Kematian mengejut akibat serangan jantung bukan lagi perkara luar biasa.

Dalam sejarah keluarga saya sendiri, dua orang abang saya di jemput Ilahi dengan cara yang serupa- cardiac arrest.

Kedua-duanya meninggal dunia secara mengejut dan tiba-tiba pada waktu pagi apabila jantung tiba-tiba gagal berfungsi.

Berterima kasihlah kepada Allah jika kita bangun setiap hari kerana itu tandanya Allah masih beri pinjam 'sebuku' nyawa kepada kita.


Kematian kardiak mengejut (cardiac arrest)

Kematian kardiak mengejut berbeza daripada serangan jantung yang biasanya kerana ia selalunya tiada tanda jelas seperti sakit dada.

“Jantung merupakan organ penting yang memiliki otot-otot kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Kerja-kerja mengepam terhasil daripada rangsangan elektrik menerusi jantung secara berulang-ulang dalam bentuk pusingan.
“Sekiranya aktiviti elektrikal ini terganggu, misalnya disebabkan oleh kekacauan rentak jantung yang dikenali sebagai aritmia, ia boleh mempengaruhi kebolehan jantung untuk mengepam dengan sempurna,’’ kata Datuk Dr. Ahmad Shukri Datuk Md. Salleh@Embat.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0730&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm#ixzz4usSVp7ze 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Simptom mengejut ini berlaku dengan cara:
  • rebah atau pengsan tiba-tiba
  • tiada nadi
  • berhenti bernafas
  • tidak sedarkan diri
Kadangkala, sesetengah keadaan boleh menjadi simptom serangan mengejut ini antaranya pitam, pening, sakit dada, semput dan susah bernafas, lemah, muntah, jantung berdebar (palpitation).

Lebih mudah untuk kita faham, kematian berlaku diibaratkan rumah kita mengalami putus bekalan elektrik tiba-tiba, jantung pun boleh begitu. 

Punca yang boleh menyebabkan kematian kardiak mengejut

1. Seseorang yang memang mempunyai masalah berkaitan jantung

Antaranya,
  • penyakit jantung koronari
  • pernah dan kerap mengalami serangan jantung
  • pembesaran jantung (cardiomyopathy)
  • penyakit jantung vulvular
  • penyakit jantung kongenital
  • masalah elektrik pada jantung
2. Seseorang yang berisiko tinggi

Iaitu mereka yang mempunyai:
  • sejarah keluarga yang ada penyakit jantung koronari
  • merokok
  • tekanan darah tinggi
  • kolesterol tinggi
  • kencing manis
  • obesiti
  • gaya hidup sedentari (tidak aktif)
  • umur meningkat
  • penggunaan dadah seperti kokain dan amphetamin
  • nutrisi tak seimbang seperti paras pottasium dan magnesium yang rendah
Apabila serangan kardiak mengejut berlaku, otak adalah organ yang mula-mula terjejas kerana ia tidak mempunyai simpanan oksigen. Apabila jantung berhenti mengepam, darah tidak sampai ke otak, seseorang akan pengsan dan tidak sedarkan diri.

Jika degupan jantung tidak kembali normal, kerosakan otak berlaku lalu menyebabkan kematian. 

Sebenarnya, kita semua berisiko tinggi

Sayangi jantung dengan ubah gaya hidup, selalulah bersenam, kerap melakukan pemeriksaan kesihatan untuk memastikan tahap gula, tahap tekanan darah dan tahap kolesterol sentiasa berada pada paras normal.

pengedar shaklee kuantan

Paling penting ialah menjaga pemakanan. Makan makanan yang bagus untuk mengekalkan kesihatan jantung seperti buah-buahan, sayur-sayuran, lemak Omega 3, kalsium dan antioksidan.

Ingat, serangan jantung ini benar-benar mengejut dan ia tidak kira kita sedang buat apa hatta sedang tidur, solat, bergelak ketawa atau sedang bersukan. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...