Pages

Thursday, 14 September 2017

Sabar Saat Hatimu Disakiti

Perkahwinan itu menerima diri pasangan kita seadanya dia.

Bagaimana kita menerima dia pada hari pertama lafaz ijab dan kabul, begitu juga sepatutnya walau usia perkahwinan mencecah usia 10, 20, 30, atau 50 tahun sekali pun.

Teringat satu kisah benar yang diceritakan kepada saya, seorang suami menghina bentuk tubuh isterinya yang sudah tak cantik macam muda-muda dulu.



Mana nak cantiknya dah mengandung beranak berkali-kali, sudahla kerja rumah tidak dibantu, isteri mengurus dari A sampai Z, waktu malam anak pula asyik melekap menyusu badan sampai sakit pinggang segala.

Bangun pagi buta sibuk pula ke tempat kerja, awak fikir dia ada masa untuk mencantikkan diri?

Mujur juga dia makan suplemen. Tu pun beli dengan duit gaji sendiri. Nak harap suami belikan kolagen, bagi firm semula otot-otot yang sudah kendur menggelebeh tu jauh sekali.

Jika tak dapat nak hargai pengorbanan pasangan, janganlah sampai menghina.

Sekali berasa diri terhina, hati mula menjauh. Bila kerap kali dihina awak rasa?

Perkahwinan umpama roda yang berputar. Ada masam, manis, pahit, kelat yang perlu kita lalui dengan sabar. Setiap hari, bulan dan tahun.

Kita tak tahu ujian untuk kita macam mana. Ujian remeh pun sudah kalah, bagaimana nak lalui ujian yang lebih besar bersama-sama.

Dalam perkahwinan, kena sabar. Sabar dan menahan diri daripada menyakiti satu sama lain.

Menyakiti dengan perkataan tu lebih pedih dari terkena pisau kerana ia menusuk dan menikam tepat, terus ke hati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...