Pages

Monday, 4 September 2017

Lagi 10 Tahun Kita Akan Dapat Kencing Manis Jika...

Ramai antara kita yang tahu bahawa kencing manis atau diabetes ni adalah penyakit yang paling ramai pengidapnya di kalangan kita.

Pernah saya terbaca satu artikel katanya, dalam satu rumah mesti ada seorang pesakit kencing manis. Aduh, terus saya pandang ahli keluarga dan teringat pula adik-beradik yang lain.

Kencing manis ni adalah penyakit yang boleh dicegah sebab bila nak jadi tu, dia ambil masa bertahun-tahun, cuma mungkin kita je yang tak sedar dari awal lagi.

Sebelum jadi kencing manis, akan ada satu keadaan yang di panggil 'pra-diabetes' (pre-diabetic).


Pra-diabetes ni belum diabetes lagi. Bayangkan macam lampu isyarat, hijau tanda sihat, kuning tanda jaga-jaga (pra-diabetes), merah pula confirm diabetes.

Kalau nak ikutkan, memang dari lampu hijau lagi patut jaga-jaga kan. =D

Dr. Bruce Miller dalam bukunya menyenaraikan beberapa keadaan di mana seseorang itu dah wajib ambil langkah berjaga-jaga sebelum betul-betul terkena diabetes.

Pra-diabetes adalah satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai:

  1. level insulin yang tinggi
  2. trigliserida yang tinggi
  3. kolesterol HDL yang rendah (HDL- kolesterol baik)
  4. rintangan insulin
  5. ukur lilit pinggang yang besar dan semakin bertambah
  6. level glukosa darah yang melebihi normal
Situasi ini seperti amaran awal kerana mengikut kajian jika tak ambil langkah berjaga-jaga, level glukosa yang tinggi boleh menyebabkan kita berisiko mendapat diabetes type-2  dalam masa 10 tahun!

Bukan itu saja, ia juga boleh meninggikan risiko terkena serangan jantung atau strok sebanyak 50%.

Bagaimana nak tahu jika kita ni berada dalam peringkat pre-diabetes?

Buatlah pemeriksaan kesihatan (medical check-up) untuk  mengetahui bacaan kolesterol, gula, trigliserida dan sebagainya.

Jika berada dalam fasa pra-diabetes ni, lebih mudah untuk kembali ke pangkal jalan, lebih mudah kita nak jaga berbanding lepas betul-betul mendapat diabetes.

Dan kita kena tahu, dalam masa 10 tahun sebelum diabetes, kemungkinan besar organ seperti jantung, buah pinggang, arteri, saraf dan mata akan mengalami kerosakan sedikit demi sedikit tanpa kita sedar langsung.

"People should take pre-diabetes seriously. Prevention of diabetes is possible" -Dr. Christopher Saudek (Past President of the American Diabetes Association and Professor of Medicine at Johns Hopkins University.)

Ada banyak cara bagaimana untuk bebas diabetes daripada awal lagi.

Teruskan membaca entry dalam blog ini. =)


 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...