Pages

Thursday, 7 September 2017

3 Jenis Kencing Manis Dan Gejalanya

Penyakit kencing manis adalah penyakit global dan di negara kita sendiri jumlah pesakit ini meningkat saban tahun menjadikan sebanyak 3.5 juta penduduk dewasa mengidap diabetes pada tahun 2016.

Apa itu diabetes?

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit kronik yang boleh membawa kepada kerosakan organ penting serta kematian. Ia disebabkan sama ada badan kita tidak mampu menghasilkan insulin atau juga badan tidak dapat mengurus dan menggunakan insulin dengan sempurna.

Insulin ialah sejenis hormon yang di hasilkan oleh badan kita yang berfungsi untuk mengawal kemasukan gula (glukosa) ke dalam darah. Badan kita perlukan insulin supaya glukosa dapat ditukar sebagai sumber tenaga kepada tubuh kita, atau menyimpannya sebagai lemak.


Pankreas pula adalah organ berhampiran perut dan berfungsi merembeskan hormon kedalam sistem penghadaman. Dalam badan mereka yang sihat, sel beta dalam pankreas melepaskan hormon insulin apabila gula dalam darah terlalu tinggi. Apabila insulin dilepaskan, paras gula akan kembali menurun.

Namun begitu, apabila mendapat kencing manis, proses di atas akan terganggu.

Diabetes type 1 (Juvenile diabetes)

Berlaku apabila sistem imun menyerang sel beta dalam pankreas kita sendiri menyebabkan hormon insulin tidak dapat dihasilkan (atau terlalu sedikit). Diabetes jenis ini berlaku secara semulajadi dan simptomnya selalu dikesan sejak bayi atau kanak-kanak.

Diabetes jenis ini perlu disuntik dengan hormon insulin setiap hari supaya badan terus menghasilkan tenaga untuk terus hidup. Oleh itu ia juga di panggil insulin-dependent mellitus (IDDM).


Diabetes type 2

Berlaku apabila badan kita sendiri tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan sempurna (rintangan insulin); atau badan kita tidak dapat menghasilkan insulin secukupnya. Oleh itu, gula akan kekal berada dalam darah tanpa dapat digunakan sebagai sumber tenaga.

Diabetes ini selalunya berlaku semasa dewasa (paling biasa), tetapi boleh juga berlaku pada kanak-kanak.

Diabetes jenis 2 ini hanya boleh diketahui dengan melakukan ujian  darah dan air kencing.

Pesakit diabetes jenis ini selalunya berpunca daripada berat badan berlebihan, tidak aktif secara fizikal, tidak menjaga pemakanan. Pun begitu, dengan mengubah gaya hidup dan mengambil ubatan, penyakit ini dapat di kawal dengan baik.

Diabetes gestasi (gestational diabetes)

Berlaku semasa seorang wanita mengandung kerana disebabkan oleh perubahan hormon kehamilan yang meningkatkan kerintangan badan terhadap insulin.

Ia selalunya akan hilang selepas melahirkan tetapi ada juga yang terus mendapat diabetes jenis 2 di atas.

Biasanya wanita itu juga akan mendapat jangkitan salur kencing (UTI) dan pre-eclampsia semasa hamil.

Senaman yang kerap dan menjaga pemakanan akan membantu mengawal paras glukosa dalam darah.

Simptom dan gejala diabetes

Antara simptom atau gejala yang kerap berlaku kepada mereka yang mengidap diabetes ialah:

1. Selalu lapar dan tidak bertenaga

2. Kerap kencing

3. Selalu berasa haus

4. Bibir kering

5. Kulit gatal

6. Pandangan kabur

7. Jangkitan kulat

8. Luka atau cedera yang lambat sembuh

9. Berasa sakit atau kebas di bahagian kaki

10. Penurunan berat badan tanpa sebab

11. Loya dan muntah


Diabetes jenis 2 selalunya tidak menunjukkan sebarang simptom yang ketara. Sesetengah orang memang tak sedar pun mereka ada kencing manis hinggalah penyakit itu telah merosakkan organ penting mereka. Amat menakutkan bukan!

Kita yang masih sihat ni, sentiasalah berjaga-jaga. Buatlah ujian darah dan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk mengetahui tahap kesihatan kita supaya kita boleh ambil langkah pencegahan dari awal.

Nak tahu bagaimana cara nak kawal gula secara semulajadi? Hubungi:


012-9645614

Shaklee Malaysia
ID:868994

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...