Pages

Monday, 14 August 2017

10 Tanda Anda Mungkin Ada Masalah Buah Pinggang

Pernah tak suatu hari anda terasa belakang pinggang berdenyut-denyut? Atau mungkin juga lepas makan berat, anda terus berbaring tetapi rasa tak selesa pada bahagian pinggang? Atau semasa membuat larian marathon, sebelah pinggang rasa mencucuk-cucuk?

Penyakit buah pinggang ni boleh di katakan penyakit misteri sebab kita takkan tahu buah pinggang kita ada masalah sehingga ia benar-benar sudah kronik.


Punca buah pinggang boleh rosak ada banyak, boleh jadi sebab tabiat kita sendiri tetapi punca utama mungkin disebabkan oleh penyakit diabetes, darah tinggi dan pengambilan terlalu banyak bahan yang membebankan buah pinggang untuk memprosesnya.

Selalunya, pesakit buah pinggang hanya akan sedar apabila mereka mengalami simptom dalam peringkat yang sudah agak lewat.

Namun begitu, cuba perhatikan tanda-tanda berikut. Jika anda mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, ada ahli keluarga yang mempunyai sejarah sakit buah pinggang serta berusia 50 an, adalah penting untuk anda melakukan pemeriksaan kesihatan buah pinggang.

10 Tanda Kita Mungkin Mengalami Masalah Buah Pinggang:

1. Masalah sukar tidur

Apabila buah pinggang tidak dapat menapis dengan sempurna, besar kemungkinan toksin akan kekal berada dalam darah, kita susah nak tidur.

2. Selalu letih, tidak bertenaga dan kurang fokus membuat sesuatu

Toksin yang tidak dikeluarkan melalui air kencing juga menyebabkan darah menjadi kotor. Kita akan berasa lemah, lesu , kerap mengantuk dan hilang konsentrasi.

3. Mengalami kulit yang kering dan gatal

Buah pinggang banyak fungsinya. Antaranya menapis kekotoran untuk membersihkan darah. Darah yang sihat, bersih dan beroksigen amat diperlukan oleh sel. Darah yang sihat juga membawa nutrien dan mineral yang sel kita perlukan.

Tetapi, jika darah kotor, nutrien dan oksigen tidak dapat sampai kepada sel lalu menyebabkan radang dan kegatalan.

4. Kerap kencing

Apabila penapis buah pinggang telah rosak, ia boleh sebabkan kita rasa kerap nak kencing. Namun begitu, boleh jadi juga seseorang itu mendapat jangkitan salur kencing (UTI) atau pembesaran prostat bagi lelaki.

5. Kencing berbuih atau keruh

Ia petanda awal kebocoran buah pinggang tau juga batu karang. Buih berlebihan (tak hilang walaupun selepas flush beberapa kali) menandakan air kencing mengandungi protein.

6. Kencing berdarah

Buah pinggang akan menapis kekotoran dan meninggalkan darah yang bersih. Tetapi jika mendapati ada darah bersama air kencing, kemungkinan penapisnya 'bocor' dan mengeluarkan darah bersama air kencing.

Kencing berdarah juga boleh menjadi petanda seseorang itu mempunyai tumor, batu karang atau jangkitan.

7. Bengkak sekeliling mata (puffiness)

Ini boleh menjadi tanda bahawa buah pinggang kita tidak dapat menapis protein, dan kehilangan protein yang banyak melalui air kencing.

8. Bengkak pada kaki dan buku lali

Kerosakan buah pinggang boleh membawa kepada retensi sodium lalu menyebabkan pembengkakan pada bahagian kaki.

9. Kejang otot

Ketakseimbangan elektrolit boleh merosakkan buah pinggang, contohnya level kalsium yang rendah dan fosforus yang tidak dikawal boleh menyebabkan kekejangan otot.

10. Hilang selera makan

Ia gejala biasa tapi boleh jadi kegagalan buah pinggang sedang berlaku.

Untuk mengetahui dan mengesan sama ada kita benar-benar ada masalah buah pinggang, wajiblah berjumpa dengan doktor. Hanya doktor yang dapat melalukan diagnosis sama ada kita ni ada masalah dengan buah pinggang atau tidak.

Tak boleh main rasa-rasa saja.

Sakit buah pinggang bukan penyakit main-main. Sekali ia rosak ia akan memberi kesan sepanjang hidup kita.

Sementara masih dikurniakan kesihatan yang baik, wajiblah kita menjaga agar ia sentiasa dapat berfungsi dengan cekap dan sempurna.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...