Pages

Sunday, 2 April 2017

15 Tabiat Yang Merosakkan Buah Pinggang

Ramai orang fikir, buah pinggang kita boleh rosak di sebabkan makan terlalu banyak ubat-ubat. Kenyataan ini tidak salah.

Tapi sebenarnya ada banyak lagi punca kerosakan buah pinggang boleh berlaku. Kadangkala rutin atau tabiat kita sendiri setiap hari boleh jadi punca kepada kegagalan buah pinggang.

Kita je yang tak sedar atau kalau sedar pun kita tak ambil berat, anggap ia perkara remeh hinggalah doktor mengesahkan kita ada masalah dengan buah pinggang.


Di bawah ni saya senaraikan antara tabiat-tabiat yang kita selalu buat tanpa sedar rupanya ia beri kesan kepada kesihatan buah pinggang kita.

1. Menahan kencing

Tabiat kerap menahan kencing ni amat bahaya. Semakin lama kita biarkan air kencing berkumpul, semakin banyak pula bakteria membiak. Bakteria ni boleh sebabkan jangkitan salur kencing atau UTI (urinary tract infection). Menahan kencing boleh beri tekanan kepada buah pinggang kita.

Jadi, bila rasa nak kencing je, teruslah buang. Jangan tunggu-tunggu lagi.

2. Tak cukup minum air

Tabiat malas nak minum banyak air pun bahaya. Bila kekurangan air, darah akan jadi sangat pekat dan kurang alirannya ke buah pinggang. Ini menyukarkan buah pinggang untuk menyingkirkan toksin daripada tubuh kita.

Lebih banyak toksin berkumpul, makin banyak penyakit yang akan muncul.

Minumlah 8-12 gelas air kosong dalam sehari. Berlebihan air pun tak boleh juga sebab akan bebankan buah pinggang.

3. Makan makanan tinggi garam

Terlalu banyak garam boleh rosakkan pinggang secara serius. 95% garam yang kita makan akan di metabolis di buah pinggang. Jika banyak makan garam, buah pinggang akan bekerja keras untuk membuang lebihan garam tu.

Bukan itu saja, buah pinggang akan rosak, menyebabkan retensi air dan kenaikan tekanan darah.

4. Penggunaan ubat yang berterusan seperti painkiller

Pantang demam sikit, selsema sikit, batuk sikit, sakit sikit, terus kita beli ubat di farmasi. Bukan tak boleh. Tapi penggunaan ubat yang kerap dan berterusan akan mengurangkan aliran darah ke buah pinggang dan menjejaskan fungsinya.

Jika boleh, elakkan pergantungan kepada ubat-ubatan dan kalau perlu sangat pun, minimakan penggunaannya. Lebih baik dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

5. Diet tinggi protein

Makanan tinggi protein seperti  daripada sumber haiwan dan daging  jika di ambil terlalu kerap boleh meningkatkan risiko rosak buah pinggang.

Buah pinggang terpaksa bekerja lebih untuk singkirkan bahan buangan daripada pemprosesan protein tersebut.

Pun begitu, protein wajib juga di masukkan dalam hidangan seharian kerana banyak lagi fungsi yang lain. Makanlah secara sederhana, dan dapatkan sumber protein yang mudah di hadam seperti protein soya.

6. Minum alkohol

Alkohol adalah toksin kepada organ hati dan buah pinggang. Pengambilan yang kerap akan menyebabkan tubular obstruction, serta dehidrasi yang akan merisikokan buah pinggang.

7. Merokok

Merokok bukan je tak bagus untuk buah pinggang, tapi juga keseluruhan sel dan organ tubuh badan kerana ia sangat bertoksik.

Merokok akan meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah, mengurangkan aliran darah serta menyempitkan salur darah dalam buah pinggang.

Berhenti merokok, semua risiko penyakit akan berkurang dengan mendadak.

8. Minum terlalu banyak kafein

Kafein memang sedap. Ada yang akan jadi lemau tanpa kafein setiap hari. Minum kafein atau kopi tak salah tapi tak boleh di ambil secara berlebihan.

Kafein akan menyebabkan tekanan darah meningkat, boleh menyebabkan batu karang, dan menghalang penyerapan kalsium lalu menyebabkan kalsium mendap dalam buah pinggang.

9. Jangkitan kuman

Bila kita sakit, contohnya apabila selsema, batuk, tonsilitis atau apa-apa penyakit biasa, kita selalu ambil mudah.

Percaya tak, kuman-kuman ini juga boleh rosakkan buah pinggang. Rawatlah jangkitan kuman, virus, bakteria dengan betul supaya kuman tidak merebak ke bahagian badan yang lain.

10. Kurang tidur

Masa kita tidurlah tisu organ akan diperbaharui, termasuk sel buah pinggang. Jika kita kurang tidur, tidur lambat, proses ni akan terganggu, toksin tak disingkirkan, kerosakan organ akan berlaku.

Cukupkan tidur, dan kalau boleh tidur awal supaya sel, tisu dan organ boleh bekerja dengan cekap.

11. Banyak makan makanan terubah suai genetik (GMO)



Memang kita sendiri pun tak boleh nak elak. Kebanyakan produk makanan sekarang memang telah diubahsuai secara genetik untuk memenuhi keperluan populasi dunia yang makin bertambah ni.

GMO ni adalah makanan yang di suntik hormon supaya cepat membesar, matang, bagus, kuat tahan penyakit, boleh di tuai berkali-kali dalam setahun. Di sebaliknya, hormon-hormon sintetik ni yang jadi punca banyak masalah kesihatan kita hari ni termasuk kerosakan buah pinggang.

Antara makanan yang banyak melalui proses ubahsuai genetik ialah beras, jagung, soya, tomato, buah-buahan import dan sebagainya lagi.

Seboleh-bolehnya carilah sumber makanan organik yang lebih selamat.

12. Pemanis tiruan

Pemanis tiruan ada dalam hampir semua makanan terproses yang di jual di pasaraya. Contohnya air tin, air kotak, gula-gula, makanan ringan, kicap dan sos dan sebagainya lagi.

Kurangkan makan makanan terproses supaya dapat kurangkan pengambilan pemanis tiruan.

13. Produk tenusu dan daging

Produk tenusu serta daging bersumberkan protein haiwan. Kajian di China menunjukkan pengambilan produk tenusu meningkatkan penyingkiran kalsium dalam buah pinggang yang akan meningkatkan risiko mendapat batu karang.

14. Makan makanan segera

Makanan segera memang mudah dan sedap, tapi sebenarnya turut merosakkan buah pinggang. Makanan segera biasanya mengandungi garam berlebihan serta perasa tiruan.

Makanan ini akan memekatkan darah menyebabkan buah pinggang susah nak proses.

Banyakkan masak sendiri di rumah daripada makan makanan segera sama ada di restoran makanan segera atau yang telah disejukbekukan.

15. Makan makanan terproses


Tabiat memakan makanan terproses memang dah jadi sebahagian daripada hidup kita. Ini cara mudah untuk kenyang tanpa perlu keluarkan banyak tenaga.

Hakikatnya makanan terproses mengandungi terlalu banyak kandungan pottasium dan fosforus yang menjadi 'pantang' kepada buah pinggang kita.

Berhenti jadikan makanan terproses sebagai amalan harian apalagi untuk diberikan kepada anak-anak. Kita sendiri sebenarnya yang 'didik; buah pinggang mereka untuk rosak cepat.

Cegah sebelum terlambat. Berhenti amalkan tabiat buruk ini. Jom hidup dengan cara lebih sihat dan aktif serta menjaga pemakanan yang seimbang dan cukup nilai zat nutrisinya.

***
Berminat mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang membantu kesihatan optimum, hubungi:


012-9645614

Shaklee Malaysia
ID:868994

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...