Pages

Thursday, 23 March 2017

Takut Kereta Rosak Tepi Jalan? Ini Yang Anda Perlu Buat


Hari Ahad baru ni, kereta kami tiba-tiba mengalami kerosakan. Sebenarnya air-cond yang rosak. Ada air menitik bawah dashboard belah kiri. 

Kiranya sampai bertakung air dekat kaki saya masa tu. Agaknya, bila air dah menitik tu, ia kena kat motherboard kereta pula. Entah la.. Yang pasti, enjin mati tiba-tiba dalam perjalanan, sebelum sempat cari bengkel pun.

Agak lama juga tersadai tepi jalan, bawah cuaca panas terik, dengan anak kecil tiga orang ni ha. Dan merasa jugalah saya jadi model tepi jalan. huhu

Syukur, lebih sejam kemudian, kereta boleh hidup semula, tapi kami tak boleh pasang air-cond. Berpeluh sakan kami lima beranak balik ke rumah mertua sebab bengkel semua tutup. Maklumlah hari Ahad. 


Dah balik Kuantan, suami bawa kereta ke bengkel, diorang kata air-cond tu dah kotor. Or something like that. Makanya kenalah cuci...

Setelah berpengalaman tersadai tepi jalan tempoh hari, saya nak share la sikit langkah berjaga-jaga, mana la tau tiba masanya kita pulak yang kena.
Kita pun tak tau bila kereta tiba-tiba dia nak rosak.

1. Buatlah perjalanan waktu siang melainkan memang tak dapat nak elak. Apa-apahal senang, orang lalu lalang pun masih ramai lagi. Cuba bayang tetibe kereta mati tengah hutan. Malam pulak tuh.

2. Pastikan bateri telefon masih banyak untuk kita kontek siapa-siapa. Err dan ada kredit.

3. Pastikan juga ada line telefon dekat kawasan tu. Line #Celcom rasanya memana pun ada. Kalo #Maxis, hmmmm.

4. Kalau ada bawak bebudak, orang tua jangan panik, jangan ngamuk. Nanti bebudak pun lagi mengamuk. Bagus sediakan bekalan makanan ke air ke supaya bebudak duk diam dan tak lapar.

5. Pastikan ada simpan at least satu no telefon pomen kereta. Lagi banyak lagi bagus. Atau no pihak2 yang berkenaan untuk dihubungi minta bantuan.

Ok itu je yang terfikir buat masa sekarang ni.

Terima kasih beberapa orang yang tak dikenali berhenti nak tolong haritu. Tapi apakan daya hari Ahad kan. Pomen pun cuti huhuhu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...