Pages

Tuesday, 21 March 2017

Suplemen Untuk Cegah Nyanyuk Dan Alzheimer

Hari tu saya ada tulis (eh sebenarnya salin semula) artikel mengenai penyakit otak daripada Dr. Hamid Arshat. Artikel berkenaan 14 Cara Elakkan Penyakit Otak Di Usia Tua ini memang sangat menarik.

Sekarang ni ramai sangat warga emas, bahkan belum masuk kategori warga emas pun dah ada yang dapat penyakit berkenaan penurunan fungsi otak.

Manakan tidak, hidup kita semakin hari semakin stress kan. Banyak benda nak ingat, nak fikir, kemudian pemakanan pun makin hari makin mengarut, tambah lagi dengan toksin dan pencemaran, bukan je badan makin sakit, otak pun makin mengecut.


Antara sebab utama seseorang boleh mendapat masalah otak seperti hilang ingatan, nyanyuk atau Alzheimer ialah berkumpulnya radikal bebas yang terhasil daripada punca-punca di atas tu.

Radikal bebas berlebihan boleh menyebabkan tekanan oksidatif pada sel otak lalu menjadikan sel otak mula menua. sel-sel neuron dan pemancar sinaps rosak, maka sel payah nak berhubung menjadikan seseorang itu mula hilang fungsi otak sedikit demi sedikit.

Bahaya?

Sangat bahaya kerana keadaan yang teruk boleh mengundang tragedi yang tak di sangka.

Pernah dengar kan, ada warga emas keluar rumah kemudian hilang tak balik-balik, ada yang masak, kemudian keluar rumah hingga rumah terbakar, ada yang langsung tak boleh nak mengingat apa yang dia buat malah nak sebut perkataan pun tak tau.

Ada juga yang mula berperangai seperti keanak-anakan semula dan hilang semua fungsi kognitif.


Jika ada ahli keluarga kita yang pernah mengalami keadaan seperti di atas, maka baiklah kita cegah dari awal.

Selain membaca dan menghafaz Al-Quran, Dr. Hamid Arshat mencadangkan kita banyak makan sumber makanan yang amat bagus untuk otak, termasuklah buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan bioflavanoid.

Pilihan saya, dah tentulah Vivix Shaklee yang mengandungi antioksidan resveratrol dan berkesan 10 kali ganda daripada resveratrol tu sendiri.

Dr. Hamid juga pengamal suplemen resveratrol tau!


Bagaimana resveratrol dalam Vivix bertindak membantu kesihatan otak?

1. Meneutralkan semula radikal bebas dalam badan dan sel terutama sel otak

2. Mencegah kerosakan sel otak dan mencegahnya daripada cepat tua

3. Mengaktifkan mitokondria dalam sel otak dengan itu menjana tenaga semula kepada sel

4. Menggalakkan pengaliran darah beroksigen yang lancar ke otak

5. Meransang pertumbuhan sel-sel otak yang baru dan sihat

6. Membantu mengaktifkan semula hippocampus iaitu pusat ingatan dan pemikiran dalam otak

Kesihatan otak mestilah di jaga dari awal, dari muda lagi supaya tak terlambat untuk merawat. Barulah otak lambat menua.

Pun begitu, jika ada ahli keluarga yang sedang mengalami nyanyuk dan Alzheimer, Vivix Shaklee sangat bagus membantu sebagai suplemen kesihatan yang menyeluruh termasuk memperbaiki kesihatan otak dan memori.

Sekiranya berminat mendapatkan Vivix, harga sebotol cuma RM475 sahaja. Anda layak dapat harga lebih jimat jika membeli 2 botol berserta keahlian Shaklee percuma!

Hubungi saya bila-bila masa untuk dapatkan Vivix anda berserta konsultasi percuma!

-Puan Suhaila-

012-9645614

Shaklee Malaysia

ID:868994


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...