Pages

Friday, 3 March 2017

Punca Dan Tanda Anda Sedang Mengalami Minor Strok

Satu penyakit yang paling kita takuti ialah bila satu hari kita hilang deria rasa sebelah badan, kepala pening, penglihatan terganggu malah kita tiba-tiba tak boleh berjalan.

Apa agaknya perasaan kita masa tu? Panik? Takut? Sudah semestinya!

Mungkin kita tak sedar yang kita sebenarnya sedang mengalami strok.

Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia ni selepas kanser dan sakit jantung. Sesiapa saja boleh mengalami strok sama ada yang masih muda atau yang sudah berusia, lelaki atau wanita.


Strok bukan sakit jantung

Ramai terkeliru antara strok dan serangan jantung. Strok adalah serangan pada otak dimana pengaliran darah ke otak terganggu. Apabila saluran darah yang membawa darah ke otak, atau pada otak pecah, maka strok telah berlaku.

Dua jenis strok:

1. Strok iskemik- penyumbatan berlaku pada salur darah yang membawa darah ke otak, pada otak, atau di mana-mana bahagian badan yang kemudian mengalir ke otak. Darah beku ini akan blok aliran darah ke otak. Strok ini juga boleh berlaku apabila terlalu banyak plak (mendapan lemak dan kolesterol) menyumbat salur darah.

2. Strok hemoragik- berlaku apabila salur darah dalam otak tu sendiri yang pecah. Apabila pecah, ia menyebabkan pendarahan otak, lalu menyebabkan kerosakan pada sel otak. Penyebab utamanya ialah tekanan darah tinggi dan aneurysms  (dinding salur darah lemah dan menipis).



Otak adalah pusat utama sistem saraf manusia. Otak mengawal semua pergerakan, fikiran, serta fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan. Jadi otak kita sangat memerlukan darah beroksigen  dan glukosa untuk berfungsi dengan baik.

Apabila strok berlaku, otak tidak dapat lagi menerima bekalan darah, maka fungsinya turut terganggu. Jika strok tidak dirawat, kerosakan otak kekal dan kematian boleh berlaku.

Punca terjadinya strok

Strok ada banyak punca. Antaranya:

  • ada tekanan darah tinggi
  • kencing manis tak terkawal
  • ada kolesterol tinggi
  • merokok
  • obesiti
  • ada sakit jantung koronari
  • atrial fibrillation (degupan jantung tak normal)
Bila kita sendiri tau kita ada penyakit di atas ni, kenalah berhati-hati. Sebenarnya, sehingga 50% serangan strok boleh dicegah daripada berlaku. Jadi kenalah kawal risiko yang ada sebelum terjadinya masalah lebih serius. 


Tanda sedang mengalami strok

1. Rasa kebas, lemah, hilang deria rasa pada muka, tangan, kaki pada sebelah bahagian badan

2. Penglihatan terjejas pada satu atau kedua-dua belah mata

3. Susah nak bercakap, hilang perkataan, susah nak sebut sesuatu perkataan dan susah juga nak faham apa yang orang lain cakap

4. Sakit kepala yang tiba-tiba dan kerap, tanpa sebab jelas

5. Hilang keseimbangan badan, susah nak berjalan dengan betul dan terasa seperti nak jatuh


Jika mengalami tanda dan gejala seperti di atas, jangan berlengah lagi. Segera ke bahagian kecemasan hospital atau telefon sahaja ambulan. Lewat sesaat dah cukup membahayakan nyawa anda sendiri.

Boleh ke serangan strok berulang semula?

Ya. Semua pesakit yang pernah di serang strok berisiko untuk mendapat serangan kali kedua yang biasanya lebih parah.

Mencegah sudah semestinya lebih baik daripada merawat.

Sharing is caring!

Cegah strok dengan Vivix Shakleehubungi:

-Puan Suhaila-

012-9645614

Shaklee Malaysia
ID:868994



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...