Pages

Thursday, 2 March 2017

Cara Masak Nasi Atas Dapur Gas

Entry ni ditujukan khusus untuk nubis yang baru-baru belajar memasak tapi pada satu hari letrik rumah ko padam dari pagi sampai ke malam.

Kalau bujang boleh la makan di luar, atau beli nasi bungkus je. Kalau beranak pinak macam ciksu ni nak beli banyak-banyak pun membazir juga, masak ajelah. Bukannya susah.

Nasib baik dulu masa belum kawin dah mengikuti 'kursus memasak nasi atas dapur gas'. Kihkih..

kredit photo: cloudymonday.blogspot.com

Mak pernah ajar. Lepas tu tetap lupa. Masa kerja dulu dekat lab, kitorang pi bantai masak nasi dalam lab. Dari situlah ciksu belajar. Bagus juga kan.

Berguna nampaknya skil memasak nasi atas dapur gas tu walaupun lepas kejadian tu kitorang kena warning tak boleh masak-masak dalam lab lagi dah. Ngeee...

Caranya Ya Allah mudah ya hamat. Macam lagi cepat masak je kalo masak atas dapur gas ni.

Langkah 1:

Sediakan periuk yang sesuai. Periuk karan yang korang biasa guna tu pun boleh, takde masalah.

Langkah 2:

Isikan beras sebanyak mana yang kau mahu ke dalam periuk tadi. Basuh macam biasa.

Langkah 3:

Masukkanlah air ikut sukatan biasa korang.

Langkah 4:

Letak periuk atas dapur gas. Pastu tunggu.
.
.
.
.
Kahkah.. bila nak masak macam tu.

Bukalah apinya. Sederhana je jangan besau sangat nanti hangus periuk ko.

Langkah 5:

Biarkan menggelegak dengan hebat. Pastu kau ambik senduk kayu kau godey2 (kacau-kacau) nasi tu.

Langkah 6:

Bila air dah agak kering, lebih kurang sama paras dengan nasi, beras ko pun dah kembang, terus kecilkan api dan tutup periuk dengan penutupnya.

kredit photo: mesra.net

Biarkan je. Tunggu lah dalam 5-7 minit, ko ngintai dalam periuk, kalau nasi dah sempurna masak, takde rupa-rupa macam mentah tu, tandanya siap la tu.

Tutup api.

Simple je kan??

Tak usah ngerepot-ngerepot. Jangan nangis kalau mak kau suruh masak nasi tetibe letrik padam. Tunjukkan ketereran kau memasak. Kompem mak suruh nikah cepat. Kahh

Selamat masak nasi, dan bertabahlah nunggu letrik ada semula!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...