Pages

Tuesday, 14 March 2017

Bahaya Produk Cepat Kurus

Pasti kita pernah terbaca di dada akhbar atau di media sosial tentang iklan ubat kurus dengan tagline 'kurus dalam tiga hari', 'kurus dalam masa singkat', 'kurus tanpa perlu bersenam dan berlapar' dan sebagainya.

Salah satu poster iklan pelangsingan yang saya jumpa di internet

Ya. Rakyat Malaysia, terutama wanita memang obses nak kurus cepat tanpa pedulikan kesan sampingan. Kita sangka dengan makan pil kurus, secara magik dan automatiknya badan kita akan kurus tanpa perlu buat apa-apa.

Wanita mahupun lelaki memang suka nampak menarik, cantik, kacak. Eh, lumrah manusia kot. Sesiapa pun nak nampak menarik kan.

Tapi tak sedar, rupa-rupanya dalam keghairahan nak kurus tu akhirnya memakan diri.

Hari ni ada seseorang bertanyakan saya mengenai produk kurus yang seriously saya tak pernah dengar langsung. Dia ada cerita, sebelum ni dia makan satu produk, tapi setiap hari cirit-birit, dia tak tahan.

Tujuan dia hubungi saya tu pun sebab nak tanya tentang produk Shaklee.

Dia juga ada cerita, suami dia tak kisah dia makan macam-macam produk kurus, tapi dia sendiri rasa takut. Baguslah begitu. Kita memang perlu takut.

Kita selalu dengar dalam akhbar, dalam berita, banyak produk kena banned, di tarik balik di pasaran sebab ada bahan terlarang.

Salah satu bahan terlarang tersebut ialah sibutramine.


Sibutramine adalah sejenis dadah yang selalu sangat di masukkan dalam pil dan ubat kurus. Ia bertindak dengan cara mempengaruhi kimia dalam otak lalu memberi kesan dalam pelangsingan.

Antara kesan negatif sibutramin ialah:

  • sakit dada melampau
  • degupan jantung cepat
  • cirit-birit
  • muntah
  • susah tidur
  • sesak nafas
  • khayal atau keliru
  • sakit kepala, sakit belakang dan sakit sendi
  • ruam alergik
Banyak lagi kesan negatif sibutramin. Ia juga boleh mengancam nyawa jika kita ada mengambil apa-apa ubat atas rawatan doktor. 

Sibutramine, jika dosnya sikit, mungkin tidak bahaya. Tetapi jika di ambil secara berterusan, atau mengambil dalam dos yang tinggi, akan meningkatkan toksisiti dalam badan. 


Apa jua bahan kimia, jika di ambil dalam tempoh yang lama, akan menyebabkan kerosakan hati serta buah pinggang.

Tiada jalan cepat kalau nak kurus. Jangan tertipu dengan tagline menggiurkan daripada penjual online.

Lebih baik kurus dengan cara yang sihat dan selamat iaitu dengan cara:

1. Bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 30 minit.

2. Cukupkan pengambilan air kosong

3. Kawal kalori

4. Jaga pemakanan dan makan makanan seimbang

5. Ambil suplemen yang terbukti SELAMAT.

Nak tahu bagaimana cara kurus dengan sihat, cantik dan selamat?? Hubungi saya!

-Puan Suhaila-

012-9645614

Shaklee Malaysia

ID:868994

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...