Pages

Monday, 27 March 2017

8 Tanda Awal Menopaus Yang Wanita Perlu Tahu

Putus haid!

Ini yang sering mengganggu fikiran wanita yang berada di ambang menopaus. Sesetengah wanita memang risau dengan menopaus, manakala sebahagian yang lain boleh menghadapinya dengan tenang.

Tanda awal menopaus atau di sebut juga perimenopaus mungkin berlaku apabila seorang wanita menginjak usia akhir 40-an atau awal 50-an.

Perimenopaus menunjukkan bahawa seseorang wanita sedang berada di ambang menopaus dan gejala-gejala menopaus telah banyak berlaku ke atas dirinya.


Apakah tanda tersebut? Jom baca...

1. Perubahan kitar haid

Proses transisi ke arah menopaus ni mungkin berlangsung selama 4 tahun. Masa ni, hormon estrogen dan progesteron turun naik, caca marba, lalu membawa kepada haid yang tak menentu.

Kejap datang, kejap tak datang dan haidnya pula mungkin sekejap, mungkin lama berhari-hari, mungkin darahnya keluar sikit-sikit atau juga mungkin terlalu banyak.

2. Haid terlalu banyak

Sesetengah wanita, haidnya datang setiap bulan, tetapi alirannya terlalu banyak hingga boleh tembus ke baju.

Maka, kena kerap ganti pad untuk elak kebocoran.

3. Hot flushes


Badan asyik rasa panas, berpeluh-peluh, tak selesa hingga menyebabkan kegatalan dan boleh naik ruam panas. Ada juga yang mengalami kepanasan dan peluh berlebihan waktu malam.

Elakkan minum kopi, kafein, pakaian tebal, serta makanan yang berempah dan pedas.

4. Vagina kering

Aras hormon estrogen yang mula menurun menyebabkan vagina menjadi kering, malah kendur dan menipis. Keadaan ni amat tak selesa terutama apabila bersama suami.

Untuk atasi masalah ni, bolehlah cuba krim vagina atau pelincir, serta elakkan guna sabun atau pencuci vagina yang ada pewangi.

5. Masalah tidur

Perubahan hormon juga boleh sebabkan corak tidur kita terganggu. Cuba latih untuk masuk tidur dan bangun pagi pada waktu yang sama setiap hari.

6. Perubahan mood


Perubahan hormon, masalah tidur serta hot flushes boleh buatkan keadaan emosi dan mood wanita semakin teruk.

Cari cara untuk tenangkan diri, hindarkan stress, cukupkan tidur, dan boleh juga manjakan diri di spa atau melakukan meditasi seperti yoga.

7. Masalah memori

Kebanyakan wanita ada mengalami masalah cepat lupa dan susah nak fokus. Kajian menunjukkan wanita yang ada tabiat negatif semasa menopaus lebih mudah tidak berpuas hati terhadap masalah memori yang mereka alami.

8. Ketumpatan tulang menurun

Turunnya aras estrogen bermakna ketumpatan tulang juga menurun. Salah satu penyakit yang biasa terjadi selepas menopaus ialah osteoporosis.

Jadi, wanita kena jaga kesihatan tulang, makan banyak sumber kalsium, dapatkan vitamin D yang cukup serta kerap bersenam.

Menopaus boleh berlaku terlalu awal, namun begitu ia juga boleh dilambatkan. Caranya ialah dengan menjaga pemakanan dan amalkan cara hidup sihat.

Amazing Golden Set ini boleh membantu!


Set ini amat di syorkan buat para wanita yang bukan saja sedang mengalami  gejala perimenopaus, bahkan juga warga emas yang berusia 60 tahun ke atas.

Apa yang bestnya dengan set ini?

1. Vivix minuman botani premium yang mengembalikan semula keremajaan sel tubuh badan dan membantu mencegah penyakit

2. Vitalea membekalkan semua nutrisi penting yang terdiri daripada vitamin dan mineral yang sangat penting untuk tubuh

3. ESP protein soya yang mengandungi phytoestrogen semulajadi yang dapat mengimbangi semula kekurangan estrogen dalam badan wanita menopaus

4. Omega Guard mengawal atur hormon, memelihara kesihatan otak dan darah

5. GLA complex membantu masalah kekeringan vagina dan haid tak teratur

6. Ostematrix sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang mudah diserap oleh badan,dan dapat memelihara kesihatan tulang dan urat saraf secara optima

Dr. Hamid Arshat, pakar sakit puan menyarankan semua wanita mengamalkan suplemen dan vitamin tambahan hingga ke akhir hayat kerana wanita sangat-sangat perlukannya.

Keseluruhan set ini berharga RM1002 dan anda layak menjadi ahli Shaklee secara automatik berserta bonus tunai.

Hadapi menopaus dengan tenang! Boleh juga hadiahkan set ini buat insan tersayang ❤

Sekiranya berminat mendapatkan set premium ini atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, hubungi:


012-964 5614

Shaklee Malaysia

ID:868994

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...