Pages

Wednesday, 8 February 2017

Tip Kesuburan Lelaki: 7 Cara Tambah Bilangan Sperma

Assalamualaikum wbt.

Masalah kesuburan kerapkali di ajukan oleh customer saya. Ada tu, pasangan yang dah lama berkahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang masalah di pihak isteri, sebaliknya suaminya yang kurang subur atau dalam erti kata lain, menghadapi masalah bilangan sperma yang sangat rendah.

Sikit atau banyak bilangan sperma dan isipadu cecair semen adalah bergantung kepada hormon testosteron lelaki. Sperma yang banyak menandakan testosteron dan sistem reproduktif seseorang lelaki itu subur dan sihat.


Sebagai seorang lelaki, mestilah kita nak bahagiakan isteri kita kan? Takkan isteri kita je sorang-sorang berusaha nak dapat anak, suami pun mesti mainkan peranan juga. Anak yang sihat datang dari benih yang sihat. Benih yang sihat pula datang dari kedua-dua ibu dan ayahnya!

Okla, jom tengok bagaimana cara nak menambah bilangan sperma dan meningkatkan cecair semen, seterusnya meningkatkan peluang anda untuk memiliki cahaya mata.

1. Berhenti merokok!

Perkara pertama kena buat ialah, berhenti atau kurang-kurangkanlah merokok tu. Ada banyak sangat kajian menunjukkan kesan racun dalam rokok terhadap kesihatan sperma.

Sperma akan jadi sikit, lemah, dan bentuknya boleh jadi cacat.

2. Elakkan kepanasan

Testikel agak sensitif dengan haba dan kepanasan. Elakkan pakai seluar dalam yang ketat, elakkan berendam dalam bath tub berisi air panas atau kerap bersauna.

3. Mulalah jaga pemakanan

Banyakkan makan protein dari sumber tumbuhan, kurangkan makan daging. Selain tu, banyakkan makan sayur dan buah yang mengandungi vitamin dan mineral seperti vitamin C, kalsium, magnesium, vitamin E dan selenium. Ambil juga omega 3 daripada sumber ikan seperti ikan salmon dan tuna.

Berhenti makan makanan terproses, makanan rapu dan makanan segera.

4. Kurangkan hubungan intim

Terlalu kerap mengadakan hubungan seks akan mengurangkan isipadu semen, dengan itu merendahkan bilangan sperma.

5. Turunkan berat badan

Timbunan lemak mempengaruhi penghasilan testosteron. Lemak berlebihan menyebabkan hormon estrogen dan kortisol meningkat, tapi hormon testosteron menurun.

Hapuskanlah lemak-lemak berlebihan dalam badan itu dengan cara jaga makan dan kerap bersenam.

6. Senaman otot

Kajian pada 2013 menunjukkan, senaman berat dapat membantu meningkatkan aras hormon testosteron dan meningkatkan sensitiviti insulin yang mana ini membawa kepada peningkatan bilangan sperma.

7. Suplemen

Percaya atau tidak, badan manusia mengambil masa 90 hari untuk menghasilkan sel sperma yang baru. Jadi, apa yang kita makan, buat, serta pendedahan terhadap persekitaran sepanjang 90 hari tu menentukan sama ada sel sperma yang dihasilkan tu sihat atau tidak.

Oleh itu, nak hasilkan sperma yang betul-betul sihat, selain mengamalkan cara hidup sihat (1-6 di atas), pengambilan suplemen amatlah penting sekali.

Antara suplemen yang sangat di cadangkan ialah Vivix Shaklee.


Vivix adalah minuman botani ekstrak 4 tumbuhan premium yang kaya polifenol dan antioksidan resveratrol yang dapat memberi impak kepada kesihatan reproduktif lelaki mahupun wanita.

Vivix membantu dengan cara:

1. Meningkatkan tenaga sel dengan mengaktifkan tapak tenaga sel iaitu mitokondria.

2. Mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas dan mutasi DNA.

3. Menggalakkan pertumbuhan sel sperma baru yang sihat.

4. Mengawal atur hormon badan secara semulajadi.

5. Kajian menunjukkan resveratrol dapat meningkatkan aras hormon testosteron, dengan itu meningkatkan bilangan sperma dan mobilitinya.

6. Memperbaiki masalah 'erectile disfunction', keinginan seksual dan masalah kesuburan lelaki

7. Mengawal gula dan meningkatkan sensitiviti insulin

Pengambilan suplemen adalah perlu untuk membantu baikpulih badan dengan memberinya nutrisi yang sepatutnya.

Dah lama menantikan cahaya mata, serta nak jadi lelaki POWER? Mesti amalkan Vivix!


Dapatkan Vivix dengan harga ahli dengan belian 2 botol. Bukan itu saja, anda juga akan dapat keahlian secara percuma dan bonus tunai akan dikreditkan ke dalam akaun anda!

Hubungi:

-Puan Suhaila-

012-9645614

Shaklee Malaysia
ID: 868994

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...