Pages

Saturday, 18 February 2017

Tip Bisnes: 3 Cara Memaksimakan Keuntungan



Ada ke orang buat bisnes dia tak kisah kalau rugi? Pelik bebenor ni.

Buat bisnes apa pun mesti nak untung kan. Rugi 10 sen pun kena kira. Tak cukup seposen orang akaun marah ni tak balance untung rugi. hihi

Dah tu cemana nak memaksimakan keuntungan?

1. Jual pada harga yang dah ditetapkan company. 

Kalau rege RM50, RM50 lah. Kalau rege RM475, RM475 lah.

Nak diskaun sikit-sikit tu boleh je takde masalah. Tapi jangan la sampai melampau-lampau, sampai tercekik kawan lain yang sama-sama buat bisnes.

Ada orang, untung runcit tu la yang dia harapkan untuk beli susu anak, pampers anak, lauk seminggu. Kita apa tau.

Kita syok la jual murah, ramai orang datang beli tapi dalam masa sama kita bunuh bisnes kawan kita. Kijam tak?

2. Kena tau kemana duit untung tu pergi

Sama ada kita rolling balik buat beli stok, atau berpoya-poya. Kena kurangkanlah kos yang tidak perlu tu supaya kita dapat untung yang maksima.

3. Buat lebih banyak sale!

Dah nama pun meniaga. Nak banyak untung kena la banyak sale.

Dalam Quran ada sebut, perniagaan yang tidak akan rugi ialah 'berniaga dengan Allah'.

“Sesungguhnya, orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (al-Qur’an), mendirikan shalat
dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka, dengan diam-diam maupun terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.”
(QS. Faathir: 30).

Buat bisnes betul-betul, berniaga baik-baik dengan Allah, insyaAllah untung dunia akhirat.

Bisnes shekli dengan ciksu jommm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...