Pages

Sunday, 19 February 2017

Resepi Lala Goreng Bercili Pedas

Hai..terasa nak share resepi pulak hari ni.

Ciksu ni peminat makanan laut. Tak kira la apapun asal dari laut. Lala ni salah satu faveret juga.

Kemarin encik asben tetibe beli lala pulak. Pikir punya pikir apa harus ku masak, so ciksu ambik keputusan goreng je lah senang kan.

Eh, korang tau ke lala tu apa. Dia sepupu makanan laut yang bercengkerang-cengkerang semua tu macam kerang, kupang, kepah, entah apa lagi..Yang biasa ciksu masak tiga jenis ni je. Yang lain susah nak jumpa.


Lala omputih panggil clam rupanya ek. Jenuh aku google.

Ok la..jom kita terus ke resepi. Senang saja bah..

Bahan-bahan:

Lala dalam 300-500gram
*Bawang merah 4-5 ulas
*Bawang putih 2-3 ulas
*Halia 1 inci
*Cili padi 8-10 biji, ikut kepedasan yang korang suka
*Cili merah setangkai
Serai 4-5 ulas -  ketuk
Air perahan limau kasturi atau lemon atau apa-apa lah asal kasi masam untuk hilangkan bau hanyir lala
Minyak masak
Garam
Secawan air

Cara masak:

1. Bersihkan lala sebersih-bersihnya.. Rendam dulu kot-kot ada pasir melekat ke, buang.

2. Tumbuk kasar bahan bertanda *

3. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk tadi sampai agak garing

4. Masukkan lala

5. Masukkan air dan serai ketuk

6. Biar mendidih

7.  Masukkan air perahan lemon tadi,  masukkan garam gula

8. Bila lala dah bertukar kaler dari putih ke merah, kebanyakkan cengkerang dah  terbuka, maka siap.

9. Bolehla hidang.



Tip nak makan lala, makan yang mana boleh bukak aje. Yang tak boleh bukak tu jangan gatai nak kekah ke, nak kokak, nak ketuk dengan tukul ke tak perlu. Tu maknanya dia memang tak bagi korang makan la tu. kekekeke...

Orang ada sakit gout tak boleh banyak makan seafood ni. Nanti bengkak kaki. Nak makan jugak, kena makan Vivix dulu. Hiii ..

Ok,

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Ciksu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...