Pages

Friday, 10 February 2017

Resepi Dan Cara Betul Membuat Sup Bone Broth

Dari pagi tadi macam kecoh sekejap isu penyakit jangkitan peparu sampai katanya ada yang meninggal. Tapi dengar cerita yang meninggal tu memang ada penyakit tiga serangkai.

Apapun kita doakanlah mereka atau sesiapa saja yang sedang dilanda sebarang penyakit kembali sembuh seperti sediakala.

Dek kerana topik itu tadilah maka tiba-tiba saya dapat resepi best hari ni. Resepi sup bone broth atau dalam bahasa Melayunya sup air tulang.

Ikutkan boleh guna apa-apa tulang pun, termasuk tulang ikan. Tapi kita follow jelah resepi ni. Resepi ni di kongsi oleh akak pharmacist dalam grup whatsapp kami. Resepi ni juga di ajar oleh Dr. Suriyakhatun rupanya.

Sengaja simpan resepi ni dalam blog. Bila-bila nak refer boleh bukak je blog kan.


Ok, tak mo citer panjang, jom la kita mula memasak.

Bahan-bahan:

Periuk stainless steel (stock pot)/, periuk kaca, pressure cooker atau slow cooker
Tulang dan rangka ayam - bagus dapatkan ayam organik atau ayam kampung
Weak acid - sama ada cuka epal, cuka kurma, atau lemon sebiji
Lobak merah
Bawang Holland - 2biji
Bawang putih 1 labu - tak perlu potong
Halia 3 inci
Fennel atau celery
Sup bunjut tulang 2 pek

Cara masak:

1. Mula-mula rebuskan dulu tulang dan rangka ayam, masukkan weak acid. Rebus semua ni dalam masa setengah jam. Weak acid ni bertujuan untuk melarutkan zat galian dari tulang temulang tu

2. Masukkan segala sayuran dan bawang dan sup bunjut

3. Renehkan selama 3 jam dengan api yang sangat perlahan

4. Dah siap 3 jam, baru masukkan garam dan adjust la rasanya. Tutup api

5. Tapis isinya, dan gunalah supnya sahaja sama ada di minum semasa sakit, atau boleh buat base untuk sup sayur ke, sup nasi ayam ke.

Air sup ni boleh simpan dalam peti beku taw. Simpan elok-elok dalam bekas tuperware atau plastik aiskrim tu ke, bekukan. Bila-bila nak guna boleh guna.

Isi-isi sup tu boleh je makan. Macam ayam tu nak makan ngan nasi ke nak ratah ke boleh je. Sayur pun boleh nak makan tapi dah takde khasiat, cuma ada fiber.


Khasiat sup bone broth ni?

Sup ni sangat bagus diminum oleh mereka yang tak sihat, yang demam, selsema, atau batuk. Orang sakit yang takde selera makan pun cuba bagi sup ni, insyaAllah akan bantu dia bertambah baik.

Antara khasiat sup bone broth ni ialah:

1. Kaya dengan protein, gelatin semulajadi, dan mineral seperti kalsium dan fosforus

2. Kaya dengan  asid amino glycine dimana ia sangat membantu proses detoks, sintesis hemoglobin, garam hempedu dan kimia semulajadi tubuh. Glisin juga menyokong penghadaman sihat

3. Gelatin pula untuk kulit yang sihat dan cantik

4. Membantu menyihatkan usus dan sistem penghadaman

5. Mencegah jangkitan yang disebabkan oleh selsema, flu dan sebagainya

6. Mengurangkan sakit, radang dan bengkak sendi

7. Melawan inflamasi, menguatkan imun

8. Menggalakkan pembentukan tulang yang sihat dan kuat

9. Menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat

Banyak rupanya khasiat bone broth ni. Anak saya tak berapa suka hirup sup. So lepas ni boleh masukkan pati bone broth ni dalam masakan lain sebagai perasa.

Jadi...selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...