Pages

Wednesday, 15 February 2017

8 Petua Mudah Tambah Tenaga Dan Mengatasi Keletihan

Bangun pagi, bergelumang dengan kerja seharian, tersangkut dalam trafik jam berejam-jam, tak sempat makan, urus anak-anak yang ramai di rumah, belum lagi fikir bab duit yang tak cukup memang boleh buat seseorang jadi lemah, lesu, letih dan stres!

Ciksu teringat masa muda-muda dulu, masa tu baru anak sorang, jadi cikgu sementara je pun, tapi dia punya letih masyaAllah...

Kelas empat tingkat, jauh dari bilik guru, bilik guru pulak 2 tingkat, kena turun naik tangga berkali-kali dalam sehari, dia punya berpeluh-peluh tu bayangkanlah. Naik turun tangga pun sampai menggigil lutut.

Balik rumah nak urus anak suami lagi. Jam 8 malam dah tergolek. Bukan atas katil taw, asal boleh je. Atas lantai pun jadi. Memang nak pengsan la orang kata. Huhu betapa teruknya ciksu dulu.

Dulu mana tau nak makan suplemen la apa lah kan. Jadi ciksu faham sangatlah kenapa seseorang tu boleh jadi penat sangat. Bukan sebab malas ke apa, tapi sebab memang penat!

Nak pulak bila seseorang tu dah berumur,  badan dah tua orang kata, lagilah cepat terasa penat.

Hari ni ciksu nak share beberapa tip dan petua yang boleh diamalkan untuk tambah tenaga dan mengatasi keletihan melampau.

1. Tidur yang cukup


Tak cukup tidur malam boleh membuatkan seseorang jadi ala zombie. Hanyut je kepala rasanya. Bila dah macam ni, curi la sedikit masa untuk tidur. Orang putih kata power nap. Ikut Rasulullah, tidur sekejap dalam 15 minit sebelum masuk waktu Zohor atau juga dinamakan Qailullah.

2. Jangan skip waktu makan


Tak kira sama ada sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Kalau tak sempat sangat pun, kena isi perut juga walau sedikit. Bila tak makan, kita takkan dapat sumber tenaga, jadi memang akan rasa penat. Dan lapar.

3. Kawal stress

Ada perkara yang berlaku di luar kawalan kita, manakala ada perkara yang boleh kita kawal, iaitu fikiran dan emosi kita. Terlalu banyak berfikir boleh sebabkan seseorang itu penat kerana terlalu banyak memerah otak menggunakan banyak tenaga.

4. Minum banyak  air kosong


Tubuh badan kita kerap bagi isyarat haus, tapi kita keliru ingatkan lapar. Bila badan kekurangan bendalir, ia mula menunjukkan tanda-tanda dehidrasi, salah satunya ialah sakit kepala, dan lemah badan. Sediakan satu jug air kosong (2-3liter), cuba habiskan dalam satu hari.

5. Kurangkan makanan manis, seimbangkan gula


Makanan manis dan berindeks glisemik tinggi boleh menyebabkan gula darah naik dengan cepat, dan cepat pula merudum. Sebab itu kita rasa sangat bertenaga dalam beberapa jam pertama sahaja, tapi dah menggigil lapar lepas beberapa jam kemudian. Ini menunjukkan aras gula dalam darah kita tak stabil.

Kurangkan makan manis-manis, sebaliknya gantikan dengan makanan atau minuman berkarbohidrat kompleks dan berindeks glisemik rendah seperti bijirin, soya, kekacang, oat, nasi, dan sebagainya.

6. Power snack


Power snack bermaksud snek antara hidangan (between meal). Contohnya minum petang. Power snack sebolehnya kombinasi protein dan fiber. Bolehlah makan biskut peanut butter atau yogurt dengan kekacang. Ciksu pilih ESP Shaklee!

7. Periksa tiroid, dan buat pemeriksaan darah


Ini kalau kita rasa asyik letih memanjang, rasa macam ada yang tak kena je walaupun tidur semua dah cukup, maka eloklah pergi buat pemeriksaan darah untuk tengok kalau-kalau kita ada masalah dengan tiroid atau anemia.

8. Suplemen tambah tenaga POWER!


Ingat lagi pertama kali minum Vivix ni, ciksu ambil waktu malam sebelum tidur. Nak tau apa jadi? Tak boleh tidur! Rasa cergas semacam je. Ternyata Vivix ni pun bagi tenaga  segera.  Macam mana tu?

Haa ni nak cerita. Dalam Vivix ada resveratrol. Resveratrol ni bertindak mengaktifkan tapak jana tenaga dalam setiap sel badan kita iaitu mitokondria. Seseorang yang selalu penat, lesu, boleh jadi dia kehilangan mitokondria atau mitokondrianya tak aktif akibat serangan radikal bebas.


Radikal bebas adalah molekul tak stabil dalam badan kita yang terhasil akibat dari pemakanan yang tak seimbang, stress, pencemaran, tambah pulak lagi serangan kuman-kuman disekeliling kita.

Memang mudah sangat amalkan Vivix ni. Ia bukan saja bagi tenaga, tapi menyihatkan keseluruhan sel tubuh kita. Awet muda gitu.

Lepas ni takde penat-penat letih lesu tak bermaya lagi dah. Orang tengok pun eh apasal cargas semacam je? Haa cakaplah minum Vivix. ;)

Vivix berharga RM475 sebotol. Beli 2 dapat harga ahli, keahlian percuma dan cashback bonus. Nak order Vivix, hubungi ciksu;

-Puan Suhaila-

012-9645614

Shaklee Malaysia
ID: 868994



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...