Pages

Monday, 13 February 2017

Apa Itu Penyakit Vertigo

Pada suatu pagi, Zaki bangun dari tidur seperti biasa. Tapi tiba-tiba dirasakan dunia disekelilingnya berputar. Dia cuba bangkit dan berdiri, keadaan dirasakan semakin teruk.

Zaki terus panik. Apa yang tak kena dengan dirinya ni? Zaki cuba berjalan, tapi seolah-olah dia tak berpijak di bumi. Zaki terasa terhuyung-hayang, dan tak seimbang. Oleh kerana tak mampu lagi nak tahan, Zaki akhirnya tumbang semula di atas katil.

Zaki cuba duduk diam sebentar, memicit-micit kepala yang tidak sakit, mengurut kepala dan pejamkan mata. Keadaan masih sama. Kenapa dengan aku ni? Bisik Zaki. Setelah beberapa ketika, barulah keadaan mula terkawal. Zaki bangun dan terus bersiap-siap ke klinik, bimbang keadaan sama berulang semula.


Pernah tak mengalami keadaan ini? Inilah yang dinamakan vertigo.

Suami saya juga pernah mengalami keadaan sama. Kami dua-dua panik, takut kalau suami ada darah tinggi atau strok. Cepat-cepat suruh dia ke klinik. Alhamdulillah, tekanan darah normal. Hasil medical check-up juga menunjukkan semua keputusan sangat baik.

Doktor pun cuma bagi ubat angin je. Saya pula mengesyaki suami kena vertigo. Tapi tak pula ambil serius. Lepas kejadian tu, kerap juga suami mengadu ada pening-pening kepala, lagi-lagi kalau tersalah makan.

Apa itu vertigo?

Vertigo ialah keadaan di mana seseorang tu hilang keseimbangan badan, dia merasakan dunia disekelilingnya berpusing, atau diri dia yang berpusing.

Penyebab utama vertigo  biasanya ialah masalah pada bahagian dalam telinga. Suami kata, memang pun dia rasa telinga dia macam tersumbat, macam masuk air gitu.

Selain daripada masalah telinga, vertigo boleh juga disebabkan oleh kecederaan leher atau kepala, masalah melibatkan otak seperti strok atau tumor, sakit kepala disebabkan migrain atau sebab ubat-ubatan.

Vertigo boleh terjadi disebabkan aliran darah ke kawasan telinga terhalang akibat mendapan lemak, kolesterol atau plak dalam salur darah kita.

Gejala vertigo

Vertigo selalu dicetuskan oleh perubahan pada posisi kepala kita. Antara simptom vertigo ialah:
  • Berputar/ berpusing
  • Rasa berat sebelah badan
  • Rasa terbuai-buai
  • Hilang keseimbangan
  • Rasa tertarik pada satu arah
  • Rasa loya
  • Muntah
  • Pergerakan mata tak normal
  • Sakit kepala
  • Berpeluh
  • Bunyi bising dalam telinga
  • Hilang pendengaran
Rawatan untuk vertigo?

Biasanya vertigo hilang sendiri sebab otak kita akan dengan sendirinya beradaptasi pada perubahan dalam telinga. 

Namun begitu, dalam kes-kes tertentu, doktor akan bagi juga rawatan berupa ubat-ubatan dan terapi fizikal.

Vitamin dan suplemen untuk vertigo

Ada beberapa suplemen yang amat membantu mereka yang mengalami vertigo ni. Suplemen bertujuan meringankan ketakselesaan akibat vertigo, malah ada juga yang hilang terus masalah vertigonya.

Vivix

Resveratrol dalam Vivix membantu memperbaiki semula kerosakan sel sama ada salur darah atau sel dan tisu berkaitan dengan telinga yang menyebabkan vertigo. Antioksidan kuat ini amat bagus mencegah radang, inflamasi dan mencegah kerosakan akibat radikal bebas dalam badan.

Peppermint ginger
Peppermint ginger membantu mengurangkan loya, muntah dan membuang angin dalam badan dan kepala yang sering dikaitkan dengan vertigo.

Omega Guard
Omega Guard pula ialah minyak ikan tulen yang membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan tekanan dalam salur darah, mencegah inflamasi atau radang pada bahagian terlibat.

Apabila mengalami vertigo, mula-mula jangan panik. Duduk diam seketika dan jangan buat pergerakan yang terlalu cepat khususnya pada bahagian kepala.

Cukupkan pengambilan  air untuk cedah dehidrasi. Minum minuman elektrolit agar cecair cadan dapat dikekalkan.

Selain tu, cukupkan tidur, dan kurangkan level stress dan sentiasa bersikap tenang.

Vertigo (jika tidak melibatkan penyakit lain) sebenarnya sangat mudah untuk pulih. Sentiasa amalkan cara hidup sihat, cukupkan tidur, jaga pemakanan dan jom amalkan suplemen!

Berminat mendapatkan set vitamin untuk vertigo di atas, harganya cuma RM656. Anda boleh dapatkan penjimatan dengan mendaftar jadi ahli  sebanyak RM79.50 sahaja.

Info lanjut, pertanyaan atau pembelian boleh hubungi saya.

-Puan Suhaila-

012-9645614

Shaklee Malaysia
ID:868994

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...