Pages

Friday, 17 February 2017

5 Tip Besarkan Network Bisnes



Buat bisnes apa pun mesti kita nak berkembang, grow, membesar laksana ladang bunga lupin di New Zealand.

Jom kita buat tips ni.

1. Rajin follow up customer

Follow up bukan bermaksud nak suruh dia beliiii aje. Bina hubungan baik, tanya khabar, tanya perkembangan dia dan bantu jika ada apa-apa masalah dengan produk yang dia beli dengan kita.

2. Munculkan diri

Contohnya dalam media sosial ni, kalau boleh mana-mana je mesti ada nama kita. Macam cikgu pesan, kat fesbuk kita, kat IG kita, kat blog kita, kat page kita, dekat grup pun kita.

Pendek kata, di mana ada aku, mesti kau ada. Jangan sampai orang boring sudah. kihkih

3. Menghadiri event

Bersosial sikit, jangan la asyik terkurung je dalam rumah. Bila dah jumpa ramai orang tu jadilah peramah, muka manis. Sesambil tu hulur la bisnes kad.

4. Keluar daripada niche

Mentang-mentang kita jual produk kecantikan, kita pun selesa dengan orang-orang yang dalam tu je. Fokus kita golongan muda mudi je.

Sesekali update status, tulis sesuatu yang lari daripada niche kita. Barulah orang tak bosan sangat.

5. Rajin bertegur sapa a.k.a komen di fesbuk kawan-kawan kita

Memang agak susah untuk orang yang pemalu macam ai ni. Tapi nak berjaya, nak luaskan network, kena paksa diri okeh.

Cukup 5 tip ni dulu.

Dapat buat semua ni dalam masa 3 bulan, tengoklah, network makin berkembang ke makin menguncup.

Good luck!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...