Pages

Monday, 27 February 2017

10 Tanda Anda Ada Masalah Hormon. No.8 Mungkin Anda Sendiri Tak Percaya

"Tengok bos kita Puan Fatty  (bukan nama sebenar) tu, kemain garangnya. Salah sikit je pun habis dia amuk satu pejabat. Tu mesti hormon tak stabil.."

Pernah dengar dialog ni kan? Sikit-sikit salahkan hormon.

Tapi betullah tu. Hormon ni sangat penting dalam badan kita. Salah sikit je memang badan akan jadi huru-hara. Emosi tak stabil, banyak fisiologi tubuh akan terganggu.


Apa tu hormon?

Hormon ialah bahan kimia pengutus yang dirembeskan secara terus ke dalam darah oleh kelenjar tertentu. Darah akan membawa hormon ni ke seluruh tubuh kita termasuk organ dan tisu untuk melengkapkan fungsinya.

Hormon ada banyak jenis, dan ia bertindak berbeza antara setiap proses dan fungsi tubuh itu sendiri. Sesetengah hormon memainkan peranan dalam :
  • perkembangan dan pertumbuhan
  • metabolisme bahan makanan
  • perkembangan dan kesihatan organ reproduktif dan fungsi seksual
  • fungsi kognitif dan mood
  • pengekalan suhu dan bendalir badan
Hormon kita ni dirembeskan oleh kelenjar endokrin. Kelenjar ni tiada duktus, jadi hormon yang dikeluarkan terus direct je masuk dalam salur darah. Antara kelenjar endokrin yang ada dalam badan kita ni ialah:
  • kelenjar pituitari
  • kelenjar pineal
  • kelenjar thymus
  • kelenjar thyroid
  • kelenjar adrenal
  • pankreas
  • testes
  • ovari
Kelenjar ni akan merembeskan hormon yang sangat sedikit namun impaknya sangat besar ke atas badan kita ni. Sama ada terkurang atau terlebih sedikit pun, akan menyebabkan seseorang tu mengalami masalah terhadap kesihatannya dan tubuh badannya. 

Dah banyak kita tau mengenai hormon ni kan, jadi jom kita tengok sama ada kita ni sebenarnya ada masalah hormon ke tidak.

1. Peningkatan berat badan


Hormon stress, iaitu kortisol, dirembes oleh kelenjar adrenal . Apabila kortisol ini terganggu, ia boleh menyebabkan masalah berat badan berlaku.

Apabila hormon kortisol tinggi, lemak berlebihan yang bersifat 'toksik' akan berkumpul di kawasan abdomen dan ini akan menyebabkan tinggi risiko penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok.

Kenaikan kortisol boleh meransang pengeluaran insulin yang tinggi dalam darah dan ini boleh memberi kesan pada aras gula darah, dan selera makan turut meningkat.

Jadi, hati-hati kalau rasa asyik nak makan je tu, kemungkinan ada masalah hormon tak seimbang.

2. Lemah syahwat

Hormon endrogen dikilangkan pada lelaki oleh testikel dan pada wanita oleh ovari. Kekurangan hormon endrogen ini boleh menyebabkan masalah lemah syahwat dan hilang nafsu seks.

3. Lesu dan tak bertenaga

Walaupun kita dah dapat tidur yang cukup, tapi masih lagi terasa penat, lesu, tak bermaya dan tak bersemangat, itu tandanya kita ada masalah dengan hormon kortisol.


4. Perubahan mood

Ada masalah mood, tiada mood, rasa meluat, menyampah, cemas, stress dan tertekan adalah disebabkan oleh kelenjar tiroid. Kelenjar tiroid yang merembeskan hormon tiroid terlalu rendah akan menyebabkan seseorang mengalami hypotiroidisme, manakala jika hormon tiroid terlalu berlebihan, akan menyebabkan seseorang mengalami hypertiroidisme.

Ada banyak lagi tanda hypotiroid  dan hypertiroid ni. Nanti kita tulis dalam entry yang akan datang.

5. Insomnia atau gangguan tidur


Biasanya, masalah tidur terganggu ni sering di alami oleh wanita menopaus atau perimenopaus sebab perubahan hormon badan mereka sangat ketara. Hormon yang terlibat antaranya estrogen dan testosterone.

Tapi, ramai je orang muda-muda dah alami gangguan tidur. Tak mustahil anda juga sebenarnya ada masalah dengan hormon.

6. Banyak berpeluh

Ini juga simptom perubahan hormon yang di alami oleh premenopaus dan menopaus. Contohnya jika seseorang tu banyak berpeluh waktu malam (night sweats), mereka mungkin ada masalah dengan sistem endokrin dan berkaitan hormon serotonin.

7. Masalah penghadaman

Masalah penghadaman selalunya disebabkan oleh gangguan hormon dalam sistem gastrointestin. Tiga hormon yang terlibat ialah gastrin, secretin dan cholecystokinin (CCK), yang mana ia membantu untuk meransang sistem penghadaman memecahkan makanan kepada molekul kecil yang mudah diserap ke dalam darah. 

Jika ada hormon ini tak seimbang atau terganggu, maka masalah penghadaman akan berlaku. 

8. Mengidam makanan manis!

tanda ada masalah hormon

Bila kita asyik nak makan makanan manis je kemungkinan kita ada masalah dengan hormon pada kelenjar tiroid. Badan kita akan dapat ransangan untuk hasilkan lebih banyak adrenaline dan kortisol, lalu selera makan benda manis pun meningkat. 

9. Rambut gugur

Rambut gugur berkemungkinan disebabkan oleh kurangnya hormon testosteron. Bagi wanita yang mempunyai sangat sedikit testosterone, ia boleh menyebabkan hormon DHT  (dyhydrotestosterone) meransang keguguran rambut. 

10. Jerawat susah nak surut


Ramai orang, wanita terutamanya akan naik jerawat sebelum datang haid sebab perubahan hormon. Walaupun begitu, jika jerawat yang besar asyik muncul setiap masa, itu boleh jadi disebabkan oleh hormon endrogen (seperti testosterone).

Hormon testosteron akan meransang pengeluaran sebum (minyak) berlebihan, dan sebum ni akan terperangkap bawah kulit, tersumbat lalu jadi tempat pembiakan bakteria. Lama-kelamaan, ia akan jadi bengkak lalu jadilah jerawat yang menyakitkan.

Semakin tinggi hormon testosterone seorang wanita itu, semakin teruk jerawat berlaku.

Ini tanda-tanda yang biasa berlaku. Jika nak tahu betul-betul sama ada kita memang mempunyai masalah ketakseimbangan hormon yang agak teruk hingga menyebabkan diri rasa tak selesa dan terganggu, berjumpalah dengan doktor.

Doktor je yang boleh pastikan masalah kesihatan kita dengan membuat diagnosis dan berikan rawatan yang betul.

Dalam pada itu bolehlah berikhtiar dengan suplemen semulajadi seperti Vivix Shaklee ni.

Resveratrol dan antioksidan dalam Vivix insyaAllah akan dapat membantu memperbaiki kerosakan sel serta mengatur semula hormon kita.

Pertanyaan lanjut mengenai Vivix, boleh hubungi saya. =)

-Puan Suhaila-

012-9645614

Shaklee Malaysia
ID:868994

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...