Pages

Thursday, 8 December 2016

16 Tempat Menarik Yang Boleh Dilawati Di Kuantan Pahang

Assalamualaikum wbt.

Selalu kan, bila kita tinggal di sesuatu tempat, kita tak kisah pun tempat-tempat menarik kat tempat tu.

Bila orang tempat lain yang cerita, barulah kita,

"Laa ada ke tempat ni, aku pun tak tau". Patut buang daerah je orang macam ni kakakaka...

Samalah macam Ciksu masa duduk kat Penang dulu. Orang dari serata alam datang bercuti kat Penang, melawat banyak tempat best-best, tapi kitorang sendiri tak pernah sampai.

Tapi Ciksu mengaku, Penang memang best. Nak nak sekarang ni lagi makin banyak tempat best korang boleh melawat kat Penang tu. Dulu kitorang bosan-bosan hujung minggu, ke Penang la, apa lagi. (Kalau sebut Penang tu maknanya belah pulau taw. Kitorang actually menetap kat Butterworth, belah tanah besar ni)

Eh, entry ni bukan nak cerita pasal Penang. Tapi pasal bandar yang kitorang sedang menetap sekarang, Kuantan. Mula-mula dulu, lepas pindah dari Penang, macam blur jugak tak tau nak jalan mana. Macam takde tempat menarik je Kuantan ni.

Balik-balik pantai. Dah la kat Penang pun kitorang duduk dekat dengan pantai. Tak ke boring tu?

Dah lama-lama kat sini, oo rupanya ada juga tempat menarik Kuantan ni selain pantai. Loll..


Tapi, korang yang duduk di bandar-bandar yang jarang jumpa pantai tu, haruslah syok kalau dapat stay semalam dua tepi laut kan.

Nah, Ciksu senaraikan beberapa tempat menarik yang ada kat Kuantan ni yang Ciksu tau dan pernah sampai.

1. Teluk Cempedak

Buat peminat lautan, memang syok pergi sini, Angin laju, banyak gerai berjualan, dan pengunjung pun tak pernah tak ramai. Korang akan jumpa banyak monyet kat sini tapi jangan risau, monyet ni jinak, dia mintak makan je.

Lokasinya dalam 3-5 km je dari bandar Kuantan.

2. Pantai Batu Hitam

Ni jauh sikit. Pantai ni kalau dari bandar, korang kena menghala ke Beserah ikut jalan lama. Pantai ni pun boleh tahan juga untuk mandi manda. Luas, orang pun ramai.

Namanya Batu Hitam sebab memang ada batu warna hitam di situ. Bagaimana sejarah batu tu boleh warna hitam? Maaf Ciksu tak khatam lagi. hihi..

3. Pantai Balok

Jika korang meneruskan lagi perjalanan dari Pantai Batu Hitam tu, akan bertemu pula Pantai Balok.

Sebenarnya ketiga-tiga pantai ni memang bersambung2 je.. Almaklumlah, bandar Kuantan ni kan tepi Pantai. Kalau korang jalan kaki dari Teluk Cempedak menyusuri pinggir laut memang kompem sampai ke Balok. Silap-silap sampai ke Terengganu.

Tapi setakat ni tak pernah dibuat dek orang lagi lah. hahah.

4. Pantai Cherating

Lagiiii atas daripada Balok. Ni dah nak menuju ke Terengganu. Tapi serius, bagi Ciksu pantai area Cherating dan menghala ke Kemaman, Terengganu memang cantik-cantik. Biru je airnya.

5. Pusat Sanctuary Penyu Cherating

Dah alang-alang sampai Cherating, boleh la singgah tempat penyu ni. Tempatnya masuk ke dalam sikit, berdekatan dengan Clubmed punya resort.

Masuk free, ada disediakan tabung dan boleh sedekah ikut suka.

Budak-budak yang tak pernah tengok anak penyu tu akan excited sangat tengok beratus-ratus penyu berenang dalam kolam. Ada tiga ke 4 kolam macam tu.

6. Sungai Lembing

Perjalanan dalam 30 minit atau lebih dari bandar Kuantan. Boleh habiskan masa seharian kat sini.

Korang boleh melawat dan masuk dalam terowong bijih timah, melawat Muzium Sungai Lembing.

Sebenarnya ada air terjun taw. Tapi Ciksu tak pernah sampai. Katanya kena pergi pagi-pagi buta dan kena naik 4 wheel drive sebab jalan bukit bukau batu batan. Wallahuaklam, nak cerita lebih pun tak tau. Korang boleh google kalau nak tau mengenai Air Terjun Pelangi ni.

7. Muzium 3D Sg. Lembing

Muzium 3D ni berada di kawasan kedai-kedai lama, bukan kat area terowong tu. Masuk je Pekan Sg. lembing tu terus belok kiri belakang bangunan. Harga tiket masuk boleh tahan juga.

Ada banyak gambar 3D untuk korang beraksi. Makesure bateri fon full ok.

8. Gua Charas

Nak balik dari Sungai Lembing tu, boleh la singgah sekejap di Gua Charas. Gua ni dari jauh memang cantik. Dari dekat macam menyeramkan jugak. huhu.

Gua ni ada penjaga tau. Ada kuil Hindu atas tu. Siapa yang jenis tak gayat tu boleh panjat tangga besi untuk masuk dalam gua. Suami, dan tiga orang anak Ciksu ni dah lepas dalam gua tu. Ciksu je tak berani. Gayat giler.. Ciksu duduk bersembang je dengan aci yang jaga kuil situ sementara tunggu asben dengan anak-anak keluar semula dari gua.

Oh ye, nak masuk gua ni, kena bayar. Berapa ringgit entah lupa dah tapi murah je.

9. Bukit Gambang Resort City

Ini di Gambang, tapi dekatlah dengan Kuantan. Boleh tidur resort sini, sewa homestay atau hotel berdekatan.

Di Bukit Gambang ni banyak aktiviti boleh dilakukan. Cuma sediakan duit je lah. Sini ada Waterpark, ada Wild Savannah & Night Safari, serta boleh lakukan sukan ekstrim.

10. Zoo Mini Taman Teruntum

Ini berdekatan dengan Teluk Cempedak. Nama pun zoo mini, so janganlah expect ada gajah rimau zirafah unta macam zoo besar-besar tu. Yang ada haiwan kecil-kecil, beruang, rusa, ostrich, ular, buaya, lembu eh apa la lagi. Boleh naik kuda juga jika nak.

11. Pasar Malam

Petang Sabtu korang boleh ke Pasar Malam depan UTC. Petang Ahad pula boleh ke Pasar Malam Taman Gelora. Banyaklah makanan-makanan di jual. Kalau lapar dan nak rasa masakan Pahang, silalah berkunjung ke Pasar Malam. Harga standard. Tak murah tak mahal.

12. Esplanade Kuantan

Petang-petang hari boleh lepak sini. Ada taman permainan kanak-kanak, boleh berkelah serta boleh berjalan dan menelusuri kaki lima tepi sungai tengok keindahan Sungai Kuantan dan bot nelayan keluar masuk.

Waktu malam maybe lebih happening. Tapi Ciksu jarang keluar malam.

13. Restoran Ikan Bakar

Antara yang famous ialah Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur, Sara Thai Kitchen Balok. Banyak lagi restoran ikan bakar sepanjang pantai dari Tanjung Lumpur, Beserah dan Balok ni. Cuma sedap dan tak sedap je la.

14. Shopping mall

Shopping mall tak banyak. Tapi kalau suka tawaf mall, atau suka shopping boleh berkunjung ke East Coast Mall, Berjaya Megamall, atau Kuantan Parade.

Ketiga-tiga hipermall ni memang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan.

15. Natural Batik Village Sg. Karang

Peminat batik, boleh berkunjung ke sini. Ada batik printed, ada batik lukis. Boleh beli sebagai cenderamata untuk mak, isteri, kakak, awek, kawan, atau sesiapa je lah.



16. Tempat makan best?

Ciksu kena pergi rasa dululah. hahaha.. Antara yang best, korang boleh cuba:

  • Kula Cakes, depan Esplanade
  • Ana Ikan Bakar Petai,Tanjung Lumpur
  • The Mint, Balok
  • Sara Thai Kitchen, Balok
  • Restoran Sri Jembal, Sg. Karang
  • Jaman Tori, Indera Mahkota 2
  • Lila Wadi, Jalan Teluk Sisek
  • Jungle Foodcourt, depan KMC baru
  • Go Bang Maju, Kuantan (cawangan)
  • Mustafa Cendol
  • Restoran MABIQ Tanjung Lumpur (tutup Ahad)
  • Satay Zul
  • Char Kue Tiaw Berapi, Balok (kalau kitorang rindu nak makan char kue tiaw adam Permatang Pauh tu, so sini la tempatnya melepas rindu)

Haih banyak lagilah. sampai tak ingat nak tulis ni ha.

Jangan ingat Kuantan tak best taw. Haha..

Jomlah datang Kuantan. Rasai pengalaman menarik di sini pula.

Selamat bercuti!



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...