Pages

Wednesday, 21 December 2016

Resepi Kuih Cakoi Sempoi Cara Orang Pahang

Assalamualaikum wbt.

Siapa sini peminat kuih cakoi? Ciksu memang suka giler kuih ni. Dulu masa kecik selalu beli bila balik dari sekolah. Bagi sepinggan pun boleh makan habis. Kuih cakoi atau orang Pahang panggil kuih kocok ni sebenarnya kuih tradisional.

Sebab tu jarang jumpa dah. Rupa-rupanya, nak buat dia bukanlah susah sangat.

Balik kampung baru ni mak mertua Ciksu ajar buat kuih kocok. Wah memang mudah la.. Bahan pun senang.

So, jom la tengok resepi tradisi mak mertua Ciksu ni.

Bahan-bahan:

Yis (mauripan) sepeket- campur dalam air suam biar dia kembang
Tepung gandum setengah kilo (500gm)
Minyak masak 3-4 sudu
Susu pekat manis 3-4 sudu
Gula 3 sudu - campur dalam yis yang dah kembang tu
Garam secubit dua

Cara membuat:

1. Masukkan minyak masak, larutan yis + gula, dan susu pekat manis ke dalam tepung. Masuk garam.

2. Uli adunan sampai sebati, tak payah lama sangat. Doh akan jadi lembik-lembik sikit, melekat-lekat di jari.

3. Dah sebati, biarkan seketika 2-3 jam. Tutup bekas, biar dia kembang. Kitorang siap pergi jalan mandi kolam dulu.

4. Sediakan tepung gandung dalam mangkuk, dan sikit air dalam mangkuk yang lain.

5. Ambil doh guna tepung yang kita sediakan tadi supaya dia tak melekat pada tangan.

6. Canaikan memanjang, tebal-tebal. Jangan la tebal sangat. Lepas tu potong.

7. Dah potong, lapikkan dua yang sama saiz, lekatkan pakai air yang kita sediakan tadi. Ala-ala macam gam gitu.

8. Goreng dalam minyak panas. Masa nak goreng, tarik la sikit doh ni bagi jadi memanjang gitu.

Dah kaler kuning keemasan,bolehlah angkat dan hidang dengan apa saja jenis kuah atau sos atau sambal ikut suka koranglah. Makan kosong je pun sedap.

Sebenarnya mak mertua takde sukat-sukat pun, Main tuang-tuang, campak-campak je terus jadi. hahah..

Ok, lah selamat mencuba!

Kredit pic: terbakor.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...