Pages

Sunday, 25 December 2016

Cara Urus Gajet Agar Anak Tidak Terjebak Salahlaku Seksual

Assalamualaikum wbt.

Terbaca post Syed Azmi pasal budak 8 tahun tu semalam, automatik jadi stress. Maklumlah anak sendiri pun usia tu jugak.
Nak tau lanjut bolehlah korang korek dalam facebook Syed Azmi tu. Tak sanggup Ciksu nak tepek gambarnya disini.
Sebagai mak, memang risau benda macam ni berlaku kan. Kadang kat rumah kita dah pantau elok dah, tapi kat sekolah mana kita tau.


Nauzubillahi min zalik.

Bila difikir-fikir, sebagai mak ayah, ini yang perlu kita buat:

1. JANGAN belikan anak gajet atau kalau terpaksa beli, jangan masukkan internet. (Rasanya tak perlu beli kot. For what?) Kot ye pun anak nak cakap hal sekolah dengan kawan-kawan, guna je telefon kita sendiri.

2. Mak ayah, kalau di add masuk atau ada sembang tak senonoh dalam grup whatsapp, terutama jenis suka letak gambar yang buat hati hitam, please leave grup cepat-cepat. Anak lagi penting ke kawan lagi penting?

3. Jangan benarkan anak search internet tanpa pantauan. Mama kalau nampak je Ammar duduk depan laptop, mama pastikan dia main game je tu pun ada timing. Sekarang dia dah jarang bukak sebab kena kacau dengan adik.

4. Pantau rancangan tv. Tak tau kenapa dalam hati kecik ni rasa bagusnya kalau tv aku ni rosak. Maaf cakap, elok lagi anak tengok cerita kartun dari tengok movie Melayu. Katun pun kena tengok juga sebab ada juga selit gambar-gambar tak patut untuk tontonan umum tu.

5. Kenal siapa kawan anak, tau apa aktiviti anak jika tiada di rumah. Kalau dia kata pergi main bola, pastikan dia memang main bola. Bukan berjalan tak tentu arah ikut kawan-kawan.

6. Banyak luangkan masa dengan anak walau sebizi manapun kita. Jangan harap orang lain. Sibukkan anak dengan mainan berfaedah main badminton ke, melukis ke, membaca ke, apa-apalah. Buat sama-sama dengan anak.

Aktiviti kegemaran Ciksu dan anak-anak
Sebenarnya anak-anak usia ni perlukan perhatian daripada mak ayah dia 100%. Bila kurang kasih sayang, tu yang dia mudah cari orang lain untuk tagih perhatian. Bila mak ayah berikan gajet, masuk pula internet, ia ibarat nak mudahkan lagi akses anak kita kepada orang luar.

7. Ada apa-apa yang pelik, yang tak kena dengan anak cepat-cepat ambik tindakan.

8. Lepas solat kena doa selalu supaya anak kita dipelihara dan terhindar dari musibah dan fitnah dunia yang tak diingini. Doa mak ayah tu mustajab. Doa yang baik-baik.

Mudah-mudahan anak kita jadi anak yang soleh dan takutkan Allah. Amiinn.

Ciksu,
Mak anak 3. Semua lelaki. Risau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...