Pages

Saturday, 3 December 2016

Anak Mengamuk: Biar Atau Pujuk?

Assalamualaikum wbt.

Setiap ibu ni mesti ada cara tersendiri macam mana nak handle anak yang mengamuk. Tapi ada masa, bila anak mengamuk dan susah di pujuk, dengan kita-kita rasa nak bertukar jadi resakse pulak.

Selalunya, anak yang mudah mengamuk ni berusia di bawah 4 tahun sebab diorang tak reti lagi macam mana nak 'express their feeling in a good way'. Lagi-lagi kalau anak tu umur 2 tahun atau 3 tahun lebih, yang baru pandai sebut beberapa perkataan je.

Macam anak Ciksu, Fawwaz, usia 2 tahun 4 bulan. Dia suka makan. Kerap bukak peti ais, pergi dekat almari dapur cari makanan. Yang geram tu, bila dia mintak dengan kita, dia cuma tau sebut 'nak air'. Bila bawak ke dapur, dah elok tuang-tuang air, dia mula la tunjuk itu, tunjuk ini entah mana satu yang dia nak.

Bila kita malas nak layan, dia mulalah mengamuk.


Ada satu masa tu pulak, dia dah mengantuk tapi masih nak mengadap laptop. Masalahnya semua cerita dalam laptop tu bukan yang dia nak. Lepas tukar-tukar sampai kita pun letih nak layan. Dia pun mengamuk. Ajak masuk buai lagilah marah.

Ciksu tutup laptop, dan biarkan je dia menangis.

Berbeza pulak dengan abangnya yang umur 5 tahun. Aqil ni pula mengamuk kalau apa yang dia nak tak dapat. Muka masam, cakap tak mau. Dia pun lebih kurang macam adik, nak sesuatu tapi tak nak cakap. Dia anggap kita ni faham apa ada dalam isi hati dia tu. Haa jenuh mama nak main teka-teka.

Ada dua cara je macam mana nak handle anak ni mengamuk. Sama ada kita biarkan; atau kita pujuk. Kedua-duanya tengok pada situasi.

Dalam kes Ciksu, Fawwaz lebih mudah di pujuk. Tapi bukan masa dia mengamuk. Biar dulu dia menangis. Kita jangan buat dan jangan cakap apa-apa. Senyap je. Tapi pandang muka dan mata dia.

Bila dia dah agak reda, baru panggil dengan suara yang lembut. Ciksu selalu guna ayat,

"Ala sayang sayang anak mama, meh sini. Sian dia, mama buat ye bla..bla..bla." Masa ni peluk dan ciumlah dia.

Fawwaz akan lembut lepas ni dan ikut je apa kita cakap. Macam kena pukau gitu. hihi. Diingatkan, kalau nak pujuk anak, jangan guna suara keras, jangan marah dia. Nanti dia lagi akan keras.

Bagi Aqil pula, kalau dia marah, menangis, memang Ciksu akan biarkan je sampai dia sendiri datang dekat kita. Dia tengah nangis tu jangan cuba-cuba pujuk. Makin beria marahnya nanti. Buat tak tau je. Dia dah penat, dia akan berhenti sendiri. lepas tu elok je pun dia main dengan adik-beradiknya.


Tak kena gaya, dia sendiri datang pada kita dan bisik apa yang dia nak. (selalunya mainan lah) huuu.

Budak-budak ni memang ada perangai dia masing-masing. Mak ayah kena perhatikan betul-betul. Setiap anak tu pula tak sama cara menangani diorang.

Masa anak baru seorang, Ciksu ni garang, tak reti lagi nak pujuk-pujuk anak. Bila dia mengamuk, kita pun rasa nak mengamuk. Bila anak dah masuk 2, apa lagi 3 orang, Alhamdulillah dah boleh tau skill macam mana nak berhadapan dengan kerenah anak.

But i am not a perfect mother. Huhu.. masih lagi memekik kalau dah hilang sabar terutamanya bila rasa penat. Sian anak kan. Pepandai lah kontrol emosi.

Bayang macam ni jelah, kita nak marah anak beria-beria, dia bukan tau apa pun lagi. Akal pun belum sempurna. Kita yang dah boleh fikir baik buruk nilah yang sepatutnya tau macam mana nak uruskan emosi diorang.

Takpe, kita belajar perlahan-lahan.

Semoga kita semua jadi ibu dan ayah terbaik untuk anak-anak kita, insyaAllah!

Salam sayang!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...