Pages

Tuesday, 20 December 2016

8 Cara Merawat Sakit Kulit Psoriasis Guna Bahan Semulajadi Dan Mudah

Assalamualaikum wbt.

Baru ni Ciksu dengar, ada salah seorang daripada bekas jiran Ciksu dulu mengidap penyakit kulit yang agak teruk. Ciksu sendiri pernah tengok kuku dia jadi hitam, jari dia macam menggelupas gitu. Dia dah tua pun, nak tanya lebih-lebih tak berani.

Ada seorang lagi, suami kepada kenalan Ciksu juga mengidap sakit kulit. Katanya psoriasis. Dulu-dulu macam asing je dengar psoriasis ni. Tapi sekarang, selain ekzema, macam kerap pula dengar orang ada psoriasis ni.

Psoriasis ni lain sikit daripada ekzema. Ia di kategorikan sebagai penyakit kulit kronik  yang pengidapnya biasa mengalami keadaan gatal-gatal, kulit jadi merah, bersisik, berkuping tebal, kasar dan jadi macam tompok-tompok putih. Selain tu kulit boleh jadi bengkak dan sakit.


Antara kawasan pada badan yang kerap berlaku psoriasis ni ialah lutut, siku, tapak tangan, kuku, pergelangan tangan, dan kulit kepala. Psoriasis ni boleh je jadi kat mana-mana bahagian tubuh pun.

Psoriasis penyakit auto-imun

Apa itu auto-imun? Ia bermaksud sistem imun badan kita tersilap. Sepatutnya dia serang sel-sel yang tak sihat, tapi bagi pesakit auto-imun, sel imun tu pergi serang sel-sel badan yang sihat. Macam dalam kes psoriasis ni, kitar hayat sel kulit yang normal pun berubah.

Bagi individu normal, sel kulit akan matang dan mati sebulan sekali. Bagi pesakit psoriasis, sel kulit mati dalam masa kurang seminggu. Jadi, berkumpullah sel-sel kulit yang mati  tu di permukaan kulit.

Keadaan keterukan penyakit ni biasanya dicetuskan oleh banyak faktor. Antaranya:

  • emosi yang stress
  • kulit kering
  • sunburn
  • merokok
  • faktor persekitaran
  • pemakanan
  • jangkitan virus atau bakteria
  • sesetengah ubat
Menurut kajian, setakat ini penyakit psoriasis tidak ada ubat, hanya boleh di kawal dan dicegah daripada menjadi semakin teruk.

Namun begitu, cara semulajadi ini mungkin boleh membantu. Apapun dapatkan nasihat doktor pakar kulit anda sebelum menjalani sebarang rawatan alternatif.



10 Cara Merawat Sakit Kulit Psoriasis Guna Bahan Semulajadi

1. Oatmeal



Mandian oatmeal membantu melembapkan kulit, mencegah kekeringan, mengurangkan gatal dan bengkak, serta menenangkan saraf.

Cara: Campurkan satu cawan serbuk oatmeal dalam  1 tub air suam. Berendamlah dalam campuran ini selama 20 minit semasa psoriasis tengah flare-up. Lepas mandi, bilaslagi sekali dengan air suam, Lap perlahan dengan tuala, dan sapu krim pelembap kulit.

2. Cuka epal (apple cider vinegar, ACV)


Tak kisah apa jenama pun

ACV mengembalikan keseimbangan pH kulit, mencegah jangkitan, mengurangkan gatal dan radang pada kulit.

Cara: Campurkan 1 sudu ACV organik ke dalam segelas air dan minum dua kali sehari terutama masa psoriasis menyerang.

3. Pek ais



Ini akan membantu melegakan kegatalan dan keradangan (jika bengkak jangan guna ais, sebaliknya buat haba panas)

Caranya: balut kiub ais dalam tuala, tuam pada kawasan terlibat selama 8-10 minit. Lakukan banyak kali dalam sehari.

4. Epsom salt (garam Epsom)



ES ni bagus untuk masalah kulit macam eczema dan psoriasis. Ia akan melegakan gatal, pedih, lembutkan kulit, menenangkan dan sebagai agen detoksifikasi. ES boleh di cari di pasaraya atau kedai menjual barangan organik.

Cara: Campur 2 cawan ES dalam 1 tub air suam. Berendam hingga 20 minit, bilas dan lap seperti biasa.

5. Bawang putih



Bawang putih memang bersifat antioksidan dan antiradang. Ia merencat aktiviti enzim lipoxygenase yang menyebabkan radang pesakit psoriasis. Ia juga bertindak sebagai antimikrobial dan mencegah jangkitan kulat.

Cara: Sama ada makan bawang putih begitu saja, atau campurkan minyak bawang putih dengan gel alovera dan sapu pada kawasan terlibat selama 15 minit, beberapa kali sehari.

6. Minyak zaitun



Minyak zaitun boleh melembut dan melembapkan kulit, mengurangkan kejadian sisik, dan tompok pada kulit.

Cara: Sapukan saja minyak zaitun pada kawasan terlibat beberapa kali sehari.

Selain minyak zaitun, boleh juga guna minyak kelapa.

7. Kunyit



Kunyit juga mempunyai sifat anti-inflamatori dan antioksidan. Bahan aktifnya, kurkumin bertindak melawan inflamasi dan merencatkan enzim phosphorylase kinase yang bertanggug-jawab dalam pembinaan sel kulit.

Cara: Buat pes kunyit (serbuk kunyit + sedikit air), sapu pada kawasan terlibat. Tutupkan dengan kain kasa (gauze), biarkan semalaman. Bilas dan ulang semula selepas beberapa jam hingga dapat hasil yang memuaskan.

8. Alovera



Gel alovera melegakan simptom psoriasis, melindungi kulit daripada pecah, dan membantu penyembuhan.

Caranya: Ambil gel dari daun alovera, sapu pada kawasan terlibat, biarkan hingga ia meresap ke dalam kulit. Ulang tiga kali sehari untuk beberapa minggu.

Penggunaan bahan semulajadi tidak memudaratkan jika ia diguna dengan cara yang betul.

Saya ada cara lebih mudah, iaitu dengan mengamalkan suplemen Vivix!


Vivix juga bahan semulajadi iaitu ekstrak 4 tumbuhan yang amat kaya dengan antioksidan yang bertindak dengan cara:

+ melindungi  dan memulihkan kerosakan sel kulit dari peringkat DNA

+ menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru yang sihat dan cantik

+ mencegah dan menghalang jangkitan psoriasis daripada merebak

+ mencantikkan , melicin, melambapkan kulit

+ melambatkan penuaan kulit, oleh itu mengambalikan semula kitar sel kulit yang sihat


Perlu diingat, Vivix ni BUKAN ubat yang merawat. Tapi ia suplemen yang membantu pemulihan sel badan.

Harga Vivix cuma RM475 sebotol. Tapi anda boleh dapat harga ahli jika membeli 2 botol serta dapat keahlian percuma!

InsyaAllah, dengan Vivix masalah kulit kronik seperti psoriasis dapat di kurangkan,dan kulit anda akan kembali sihat dan cantik, keyakinan diri pun semakin bertambah-tambah..

Jika berminat mendapatkan Vivix atau vitamin lain yang berkaitan, hubungi saya:

-Puan Suhaila-

012-9645614


1 comment:

  1. oh !! anak saya yang kecik ada psoriasis.. tapi alhamdulillah.. dah sembuh.. tips nya cuma konsisten omega 3.. hee~ kulit dia pun makin cantik..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...