Pages

Friday, 9 December 2016

7 Sebab Kenapa Kena Mulakan Bisnes Online Hari Ini

Assalamualaikum wbt.

Bisnes online dah tak asing lagi di Malaysia malah diserata dunia. Orang kata, kalau meniaga tapi takde online, tu bukan meniaga namanya. Sampai macam tu sekali.

Sekarang ni orang beli barang semuanya suka online je betul tak? Jimat masa, dan kadang duit pun boleh jimat.

Ciksu nak share dengan korang beberapa sebab kenapa kita kena mulakan bisnes online hari ni.
Ni kalau korang masih was-was dan terfikir-fikir nak buat bisnes online ke tak ni.


Ok lah jom cikedout!

1. Ekonomi kita ni makin mencabar dari tahun ke tahun. Hari ni tak sama dengan 10 atau 20 tahun dulu. Kita pun tak boleh sekadar tunggu dan lihat je bila ekonomi nak stabil semula. No no no.
Kita sendiri kena ambil tindakan untuk kukuhkan ekonomi keluarga kita hari ini juga. Jika bukan untuk diri sendiri, fikirlah untuk anak-anak kita nanti. Nak sambung belajar gitu gini. Barang pun makin mahai kan. Kos belajar esok esok korang rasa?

2. Hampir semua orang berkomunikasi secara online. Nak beli barang pun orang beli online. Jimat kos minyak, tol kalau pergi kedai. Silap-silap harga beli online tu lagi murah dari pergi kedai. Ehe..

3. Bisnes online tak mengganggu pun kerja hakiki kita walau siapa walau apa kita buat. Tak kisah dia student ke, budak sekolah ke, budak unibesiti ke, surirumah, abam bomba, acik misi, dokter, pensyarah PhD, siapa-siapa pun boleh buat.
Suami isteri lagi dua-dua boleh buat bisnes. Jangan harap salah sorang je, sedangkan ekonomi keluarga makin meruncing. Minggu lepas gaji minggu ni dah habis. Huwaaa!

4. Bisnes online paling mudah dan murah nak buat. Boleh jadi modal rendah atau zero modal. Kita tak perlu nak bayar kos sewa kedai, bayar pekerja, bil elektrik, renovasi kedai, itu ini.
Contohnya korang boleh jadi agen dropship. Jual produk orang lain, senang.

5. Bisnes online ni automated. Contohnya page, blog, IG. Kita tak perlu pun nak mengadap, nak tunggu, nak jaga 24 jam. Kita pi bercuti pun sales tetap jalan.

6. Global access. Orang di benua lain pun order barang dengan kita. Baru ni Ciksu dapat customer dari Indonesia. Hanya daripada blog.

7. Bisnes online cara terbaik untuk belajar meniaga jika tak tau sangat macam mana nak mula. Macam Ciksu dulu, jual pakaian muslimah. Dari bisnes onlinelah Ciksu belajar macam mana nak urus duit, nak handle stok, nak layan customer.

Sebenarnya nak atau tak nak je. Banyak alasan tak payah la buat apa-apa.
Tapi, kalau nak belajar bisnes, jom #joinciksu ;)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...