Pages

Monday, 7 November 2016

Tip Bercuti Ke Kundasang

Assalamualaikum wbt.

Entry throwback sikit hari ni boleh?

Alhamdulillah, dengan izin Allah kami sekeluarga bersama dengan keluarga mertua akhirnya berjaya juga menjejakkan kaki ke Sabah pada bulan Julai 2016 hari tu. Rombongan kami seramai 11 orang, terdiri daripada 5 dewasa dan 6 kanak-kanak.

Sebenarnya mak dan bapa mertua dah pernah sekali ke Sabah. Kali ni giliran bawa anak cucu dia yang lain pula. Dah macam pemandu pelancong mak mertua saya tu. Dan sebenarnya juga, adik ipar saya memang menetap di Sabah pun. Jadi trip kami lebih mudah sebab banyak urusan di sana diuruskan oleh beliau. Termasuk pembelian tiket kapal terbang.


Kami menaiki pesawat MAS, bertolak pada jam lebih kurang 8.30 pagi kalau tak silap (tapi pagi tu flight delay sikit) dan tiba di airport KK lebih kurang jam 11.30.

Yeayyy!!!

Percutian kami bermula di Keningau sebenarnya. Hari kedua barulah kami bergerak menuju ke Kundasang. Dalam perjalanan tu, banyak jugalah tempat-tempat menarik yang kami singgah seperti Pusat penghasilan Kayu Manis di Keningau, Tempat ikan kelah di Kg. Liwandu, Ranau, Kawasan air panas Poring sambil mandi manda disitu, dan pada jam 2 ke 3 petang barulah kami sampai ke Kundasang.

2 kilo kami beli kulit kayu. Panjang-panjang belum potong. Tapi lupa pulak nak ambik gambar

Geli wehhhh

Anak-anak yang seram tengok ikan kelah menggelupur


Malas mandi nak rendam kaki je pun boleh

Syoknye mandi air panas


Tempat pertama yang kami tuju apa lagi jika bukan Desa Cattle yang ala-ala New Zealand tu. Cuaca agak sejuk juga. Nak feeling obersi lebih boleh la pakai baju sejuk macam kami.

Sampai ke sini, kami masuk melihat tempat susu diperah. Katanya dulu boleh masuk sampai bawah dan boleh belajar perah susu sendiri. Tapi sekarang kami cuma lihat dari atas je. Kagum juga tengok sang lembu beratur keluar masuk macam sudah diprogramkan je otak mereka tu.


Kemudian kami ke kawasan anak lembu dan anak kambing. Di sini kita boleh bagi makan haiwan dan bagi minum susu. 




Acah-acah berani

Kawasan sekitar sini memang amat indah dan cantik. Untung kalau pandai amek gambar. Untung lagi kalau ada kamera mahal. Tapi kalau takde pun, korang memang enjoy menikmati keindahan bukit bukau gunung ganang yang menjadi paksi bumi ni.



Oh sebenarnya. Desa Cattle ni berlatar belakangkan gunung yang tertinggi di Malaysia tau. Apa lagi jika bukan Gunung Kinabalu. Tapi pada waktu petang macam ni, puncak, malahan separuh daripada gunung tu tak kelihatan pun kerana dilitupi awan. 


Sebelum pulang, kami sempat beli cenderamata , aiskrim fresh dan beberapa kotak susu segar sebagai bekal. Jika korang nak bermalam di Kundasang, saya cadangkan korang belilah susu ni banyak sikit. Kalau tak, confirm tak cukup. Budak-budak memang gemar betul minum susu perasa coklat. Usahkan budak, mak budak ni pun sama. Sedap bangetttt!

Mak dan bapa mertua sambil menunggu anak cucu beli eskrem

Aiskrim pun enak

Tak terkata sedapnya

Dan..percaya tak, esoknya kami datang semula sebab nak beli lagi susu ni buat bekal balik ke KK pula. Ehee..

Bermalam di Kundasang


Kami bermalam di tempat  menginap yang paling femes di Kundasang ni iaitu Kiram's Village Mesilau. Homestay Kiram Village ni bukan ada satu je tau, tapi ada banyakkk  cabin dan ada pelbagai saiz. Nama pun village kan. Kampung. Memang macam sebuah perkampungan kecil.




Kawasan dia pun sangat cantik sebab memang betul-betul di kaki gunung Kinabalu. Lagi pulak ia di kelilingi dengan pelbagai tumbuhan hiasan, pokok dan pokok bunga. Nama cabin pun sempena nama sayur dan buah. Memang cantik sangat-sangat. Kalau serabut otak dan tension dengan kerja, bercutilah di sini.



Kalau datang ramai, bolehlah pilih cabin yang besar sikit. Harganya pun dah tentulah berlainan.

Pertanyaan lanjut mengenai harga  homestay di sini boleh terus hubungi owner Kiram Village ni di nombor : 016-695 0057 (9am-7pm). Boleh juga layari website kirams-village.com.

Tip bermalam di Kundasang

1. Bawa baju sejuk dan tebal

Cuaca disini boleh mencecah 14*C dan lagi sejuk kalau hujan terutama pada waktu malam. Kalau jenis tak tahan sejuk tu bersiap sedialah dengan stokin tebal bagai.

2. Makan

Ada restoran tapi harganya boleh tahan juga. Kami hari tu memang bawak bekal ayam dan daging perap dari Keningau, sebab memang dah berhajat nak BBQ. Kami juga bawak bekal nasi dan lauk yang dah siap masak (yang jenis payah basi).

Kiram's Village juga sediakan peralatan untuk BBQ termasuk arang. Booking siap-siap dan bayarlah harganya nanti.

Kebanyakan rumah disediakan peralatan memasak, siap dengan pinggan, periuk nasi elektrik, kuali semua adalah. So jangan risau. Korang boleh bawa bahan-bahan mentah je. Malam tu bolehla masak simple-simple kalau malas makan di luar.

3. Masak dan mandi awal-awal sebelum malam

Haha..sebab dia punya air paip masyaAllah. Macam air batu dia punya sejuk. Ada heater pun tak sempat nak panas airnya. Takut sejuk tak payah mandilah. Ataupun rebus dulu air dalam cerek baru mandi dengan air panas. Tu pun kejap je dah sejuk balik. Nak basuh pinggan pun bertolak-tolak punya taknak kena air. So buatlah kerja awal-awal. Malam tu kalau boleh rasa nak makan, kencing, tidur berbungkus je.

Fajar di anjung cabin

Pagi esoknya, kami sarapan nasi goreng je. Mudah kan. Pagi-pagi lagi kami dah bergerak keluar sebab banyak lagi destinasi nak singgah sebelum menuju ke Kota Kinabalu.


Udara segar sangat. Bagus bah kau joging dulu pagi-pagi

Selamat tinggal Kundasang

Walaupun sejuk ya amat, tak puas pulak rasa tidur semalaman je. Hihi. mesti datang lagi lain kali. Seperti yang saya beritahu di atas, kami singgah semula awal pagi di Desa Cattle untuk beli susu fresh. Tempat tu pun belum buka lagi. Sementara menunggu pintu pagarnya buka, kami pun bergambar dulu.

Family potret. Eceh..

Sebab awal lagi, memang clear gunung tu. Jap lagi hilang di balik awan suda..

Alhamdulillah, sebab kami sampai awal, maka boleh tengok puncak Gunung Kinabalu dengan sangat jelas dan terang. Masa ni cuma adik ipar saya je yang masuk beli susu. Kami semua tinggal di luar.



Dah puas bergambar, kami singgah pula di Kundasang War Memorial. Macam kawasan tugu lama (tapi takde tugu pun). Tempat ni mungkin sebagai kubu pertahanan masa zaman-zaman penjajah dulu. Maklumlah atas bukit.

Pintu masuk. Ada kaunter bayaran. Tak ingat dah berapa tapi murah je.

Sebahagian sejarah yang tak sempat nak baca pun. Ihik..

Buat autdoor photoshoot pun cantik sangat kat sini. Ada macam kawasan taman. Kami bergambar sekadar yang patut je lah. Kang cepat pulak habis bateri henfon.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park bergambar dengan tupai yang comel, singgah membeli cenderamata di Gerai Pekan Nabalu, melawat Rumah Terbalik dan akhirnya sampai ke Kota Kinabalu.



Tupai jinak di Kinabalu Park


Best shopping kat sini. Bawaklah banyak duit yek!

Rumah Terbalik. Tak boleh ambil gambar dalam rumah

Di KK ni pun banyak aktiviti juga yang kami buat. Kami bermalam juga di KK selama dua malam lagi.

Sampai sini saja tip bercuti ke Kundasang saya. Stay tune untuk banyak lagi tempat menarik yang akan saya kongsikan.

Happy reading!


1 comment:

  1. Wow.. bestnya..
    Bagus perkongsian tips nie.. boleh dijadikan panduan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...