Pages

Sunday, 6 November 2016

Hidup Dan Sihat Satu Anugerah

Assalamualaikum wbt..

Hujan lebat baru saja berhenti. Sebenarnya hati cuak juga. Encik suami baru keluar rumah bawa anak-anak bersama saat hujan mula turun tadi. Tujuan dia nak jumpa kawan, hantar barang.

Tapi budak-budak ni faham sajelah. Pantang abahnya keluar, mesti nak mengekor sama. Tiga-tiga pulak tu. Yang besar pun tak padan.

Macam tu lah akrabnya perhubungan ayah dan anak ni. Walaupun Encik suami ku sebenarnya agak garang juga, tapi kasih sayang seorang ayah tu masih terserlah dalam garangnya.

Elok sebelum suamiku keluar tadi, anak jiran sebelah, Jannah, datang hantarkan laksa. Siap berdulang bagai lagi. Alhamdulillah rezeki.


Saat daku menulis ni pun, masih terasa kenyangnya lagi menikmati laksa seorang diri sambil ditemani deruan hujan.

Syukur, syukur, syukur.

Nikmati anugerah hidup.
Nikmati anugerah nyawa.
Nikmati anugerah sihat.
Nikmati anugerah kekeluargaan.

Nikmatinya seperti semangkuk laksa. Enjoy dan makan sampai habis!


1 comment:

  1. Wah!! Sedap laksa tu..
    Tapi ramai yg tak menghargai hidup dan kesihatan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...