Pages

Wednesday, 16 November 2016

Face To Face Dengan Harimau Di Wild Savannah & Night Safari Bukit Gambang

Haa tajuk tak menahan.

Assalamualaikum wbt.

Sebelum kejadian ini luput diingatan, ada baiknya saya 'blog'kan. Esok dah lama-lama boleh tengok balik memori daun pisang bersama keluarga.

Kejadiannya bermula lepas cuti Raya Haji haritu. Kakak memang dah plan dari awal nak ke Bukit Gambang. Saya mula-mula macam malas je nak ikut. Entah macam mana terikut juga akhirnya. Sebelum tu jual mahal sangat kan.

Kitorang pergi dalam 5 family, termasuk mak. Bertolak pun dah tengah hari dari rumah mak. Temerloh je pun. Ikut jalan lama Maran tu, kejap je sampai. Kejap tak kejap sempat juga la saya memejamkan mata. Dasar kuat tido. heheh.

Sebelum tu kakak dah booking penginapan kat situ. Kami sampai tu, tunggu la kejap, sebab ada orang belum check out. Sempat juga la kami bergambar-gambar dulu apa yang patut. Biasalah kalau dah ramai-ramai gitu.

Tu dia kaum kerabat. Macam-macam aksi ada.
Tak lama lepas ni, kami pun masuk rumah. Kakak booking tiga rumah. Semuanya di Arabian Bay Resort. (Satu lagi Caribbean Bay Resort). Yang bestnya dekat Arabian ni ada pool. Bebudak ni apa lagi menggeletik nak terjun. Tapi memandangkan dah petang, esok sajalah terjun kolam.

Saya satu rumah dengan family adik saya. satu rumah tu ada 2 bilik. Ada sinki, meja makan kecil dan ruang tamu. Dalam setiap bilik ada TV. Rumah kami tu rasanya jenis Family Deluxe. Haha boleh rasa-rasa. Yelah, dah kakak yang booking semua. Kami masuk tidur je. 

Sebenarnya kami takde plan pun nak kemana-mana. Tapi tiba-tiba adik ipar kata nak pergi Zoo. masa tu dah dalam jam 4 lebih. Plan asal nak gi lunch pun terbantut. Kakak kata, kalau nak gi Zoo, kena masuk sekarang. Jam 6 dah tak boleh masuk. Kami semua pun setuju.

Petang tu, dalam hujan rintik-rintik, kami pun bergerak naik tram ke pintu masuk nak beli tiket. FYI, harga asal tiket masuk ke Wild Savannah & Night Safari tu:

RM 48 untuk dewasa
RM 28 untuk kanak-kanak

Oleh kerana kakak ada baucher, so kami dapat diskaun. Jadi RM33 sahaja untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. 

Kami masuk tu pun dah agak lewat. Korang kalau nak pergi, masuk awal-awal dalam tengah hari gitu. Sebab akan ada banyak sangat aktiviti boleh join.

Masa kami masuk petang tu, terus tunggu tram lagi untuk melawat kawasan Wild Savannah tu. Satu tram penuh family kami je. Loll





Bebudak excited sangat. Nak-nak pergi ramai-ramai macam ni kan.

Satu pengalaman baru sebenarnya pergi Wild Savannah ni. Biasa kalau pergi zoo, haiwan duduk dalam kandang. Ni haiwan dilepaskan je dan dibiar berkeliaran. Kita pulak yang duduk dalam kandang. Haha taklah. Bas. 





Haiwan besar macam gajah, badak ni, still duduk dalam pagar. Kang dia sondol bas kita cemana



Haiwan paling ganas katanya, dubok.
Semua gambar haiwan di atas ni di ambil dari dalam tram. Kelabu asap la sikit sebab kita tak dibenarkan buka cermin tram, tambah hujan pulak lagi.

Banyak lagi haiwan lain. Nak tau kena pergi sendiri. Malas pulak dah nak tepek semua kat sini. Tak syoklah dah tau kan. hihi..

Ok, selesai je acara naik tram ni. kitorang ke area Walking Zone pulak. Kat sini boleh tengok beruang-beruang, flaminggo. Kita tengok dari jauh je. Haiwan semua duduk bawah.

Multi Animal show
Sebenarnya kitorang dah lapar sesangat. Bab makan, solat, jangan risau. Ada restoran dengan harga yang not bad la. Surau pun ada tapi kena jalan jauh sikit menuju pintu keluar.

Sambil-sambil tunggu show malam tu, kitorang isi perut dulu. Macam-macam pilihan makanan yang ada di restoran dalam area Foreign Village ni. Sedap pun sedap juga. Dah lapor kan, bedal je lah.

Dah kenyang perut tu, kami pun tunggu show African Yabara Fire Show. Seronok jugaklah.. Bebudak tercengan tengok habang2 Afrika telan api.


Habih canggih dah kamera aku pakai ni. :D
Habis je show tu, kami masuk pula dalam hall untuk saksikan persembahan Tarzan. 

Sebelum show mula


Show ni macam drama. Kisah pemburu bodoh dan gorila yang lucu. Lebih kurang macam tu la tajuknya, pepandai je aku bubuh.

Lepas show, boleh la pi serbu para pelakon semua. Paling glamer dah tentu la si Tarzan dan gorilanya ni.
Habis je show ni, keluar dari hall tu, singgah jap dekat area Petting Kingdom. Tapi, oleh sebab dah lewat, haiwan semua dah nak masuk tidur, kami tengok kandang je lah.

On the way pintu keluar, kita akan lalu Simba Hill. Jangan risau, simba ni duduk dalam cermin kaca. Tapi dia boleh nampak kita.


Lepas tu, korang bolehla singgah shopping souvenir di kedai dekat situ, dan balik.

Banyak lagi kawasan kami tak masuk, macam Night Jungle, Forest Land. Tu sebab kena masuk awal. Boleh plan aktiviti mana nak buat dulu.

Apapun, saya sendiri rasa berbaloilah dengan harga tiket yang kami bayar. Budak-budak puas dan enjoy sampai nak datang lagi.

Cuti sekolah dah dekat, jom ke Bukit Gambang Resort City!

Info lanjut, klik www.bgrc.com.my

Selamat bercuti!


7 comments:

  1. Menariknyaa tpt nie... tak pernah tahu pun ada ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa jom cuba sekali datang bawak family

      Delete
  2. Owh!! Best rupanya Gambang nie ye.. Sha memang da berhajat nak g ngn suami tapi terbantot.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha cuti sekolah ni boleh pi.. jangan terbantot lg dah..:D

      Delete
    2. Tu la.. nak kena rancang betul2..

      Delete
  3. best pi safari >__< btw saya singgah dari http://nikainaa.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...